Pages

Saturday, April 30, 2011

Thor [2011 Film] in 3D @ GSC Alamanda Putrajaya

Malam tadi tengok Filem Thor kat Alamanda. Ingat nak beli 1901 hotdog tapi kecewa sebab kaunter jualan makanan tu dorang tutup. Kononnya sistem meletup? Ntahlah. Tapi kalau nak beli popcorn ada dorang buka meja kecik la. Tu pun kesian cashier terkebil-kebil nak kena buat segalanya secara manual.

Tapi yang tak mengecewakan adalah Filem Thor. Filem ni hanya ada dalam 3D. Jadi harga tiket RM17.00 sebab kena bayar utk spek 3D. Nasib baik spek dia besar dan longgar.


Title : THOR
Released : 28 April 2011
Genre : Epic Adventure, Comedy, Drama, Fantasy
Cast : Chris Hemsworth (Thor), Natalie Portman (Jane), Tom Hiddleston (Loki), Anthony Hopkins (Odin Allfather the King of Asgard), Idris Elba (Heimdall), Colm Feore (Laufey the King of Frost Giants), Stellan Skarsgard (Dr. Erik), Kat Dennings (Darcy)
Reviews :

Filem ni ada 2 latarbelakang dunia yang berbeza. Satu di Asgard dan satu lagi di Bumi. Jika di Asgard, segalanya tentang kesatria dan superhero power tetapi bila di Bumi, kisahnya penuh comedy sampai satu panggung pun gelak sesama. Jadi ada balance hingga membuatkan filem ni sangat menghiburkan. Sangat best untuk filem terbaru bulan April! Nak bagi 8/10 stars (^___^)v

Thor sedang memegang Mjolnir ketika majlis perlantikan sebagai raja baru untuk Asgard.

THOR mengisahkan seorang kesatria yang mempunyai kekuatan dan kuasa tetapi sangat degil, panas baran dan penting diri sendiri. Thor yang juga digelar The God of Thunder adalah anak kepada Odin Allfather, Raja Asgard. Pada hari dia sepatutnya dilantik sebagai raja yang baru menggantikan Allfather, majlis tersebut telah diganggu oleh kehadiran musuh mereka. Tiga Frost Giant yang telah diseludup masuk ke Asgard.

Bifrost Bridge in Asgard

Heimdall

Walaupun berjaya membunuh Frost Giants tadi tetapi Thor masih tidak berpuas hati kerana laluan masuk yang menghubungkan Asgard dan dunia luar iaitu Bifrost Bridge dikawal rapi oleh penjaga yang perkasa iaitu Heimdall.

Frost Giants in Jotunheim

Thor dengan semangat ingin berperang dan tanpa keizinan Allfather, telah membawa Sif dan 3 Warriors lain beserta adiknya, Loki ke Jotunheim untuk bertemu Raja Frost Giants iaitu Laufey. Laufey mengatakan di Asgard sendiri yang ada pembelot. Akibat panas baran, rundingan mereka tidak berjaya dan telah diserang oleh Frost Giants sehingga hampir-hampir membuatkan mereka terbunuh. Tetapi berjaya disebabkan Odin Allfather yang segera turun ke Jotunheim menyelamatkan keadaan.

Odin Allfather menghalau Thor dari Asgard

Mereka dibawa kembali ke Asgard dan Thor yang didapati ingkar arahan sehingga menyebabkan Asgard diancam bahaya telah dilucutkan segala kuasa yang dia ada dan dicampak turun ke Bumi sebagai manusia biasa. Mjolnir, senjata berbentuk tukul yang mempunyai kuasa juga turut dicampak tetapi sebelum itu telah disumpah oleh Allfather bahawa Mjolnir hanya boleh diambil oleh orang yang layak untuk memilikinya.

Di bumi, Thor ditemui oleh scientist iaitu Jane, Darcy dan Dr. Erik yang ketika itu sedang membuat research. Selepas pelbagai rintangan semata untuk ke lokasi tersebut, Mjolnir tidak dapat dicabut daripada tanah. Membawa maksud ketika itu memang Thor belum layak memilikinya.

Jadi melalui sedikit percintaan diantara Thor dan Jane, dia mula mengenal dan belajar apa yang perlu untuk manjadi pahlawan dan ketua yang sejati. Thor mula terima hidupnya sebagai manusia biasa sehinggalah Loki melakukan serangan ke atas bumi setelah mengetahui dia sebenarnya adalah anak kepada Raja Frost Giants, Laufey. Niat Loki adalah untuk memiliki takhta sebagai Raja Asgard.

-
-
-

Ok, itu sahaja sedikit review... Nak seronok kena tonton sendiri. Bila tengok Thor ni teringat Superman gak sebab Thor pun boleh terbang. Adik dia yang nama Loki tu plak mengingatkan fa pada drama Indonesia. Tak ingat tajuk citer tapi watak utama dia Loki juga. Heeeeee ;p...

Malam yang hangat diakhiri dengan makan kat D'One Steak, Bangi. Lalalalala~




Wednesday, April 27, 2011

Senarai Tetamu Perkahwinan Diraja Britain : Prince William & Catherine Middleton


Saksikan siaran secara Live melalui Youtube bermula pukul 10:00 pagi waktu London, 29 April 2011 (Jumaat), boleh ke lamanweb ( http://www.youtube.com/theroyalchannel )

Berikut adalah antara senarai tetamu-tetamu yang dijemput ke majlis Perkahwinan Diraja Britain iaitu diantara Prince William & Catherine Middleton pada 29 April 2011 nanti. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong & Raja Permaisuri Agong Malaysia pun dapat jemputan tau ^__^.


" The following are all confirmed attendees at the Royal Wedding as of 23rd April 2011. "

Members of the British Royal Family
The Queen
The Duke of Edinburgh
The Prince of Wales and The Duchess of Cornwall
Prince Henry of Wales
The Duke of York
Princess Beatrice of York
Princess Eugenie of York
The Earl and Countess of Wessex
The Princess Royal and Vice Admiral Timothy Laurence
Mr. and Mrs. Peter Phillips
Miss Zara Phillips with Mr. Mike Tindall
Viscount Linley and Viscountess Linley
And The Hon. Charles Armstrong-Jones
The Lady Sarah Chatto and Mr. Daniel Chatto
And Master Samuel Chatto
And Master Arthur Chatto
The Duke and Duchess of Gloucester
The Earl and Countess of Ulster
The Lady Davina and Mr. Gary Lewis
Lady Rose and Mr. George Gilman
The Duke and Duchess of Kent
Earl and Countess of St. Andrews
Lord Downpatrick
The Lady Marina-Charlotte Windsor
The Lady Amelia Windsor
The Lord and Lady Nicholas Windsor
The Lady Helen Taylor and Mr. Timothy Taylor
Prince and Princess Michael of Kent
The Lord and Lady Frederick Windsor
The Lady Gabriella Windsor
Princess Alexandra, the Hon. Lady Ogilvy
Mr. and Mrs. James Ogilvy
Miss Marina Ogilvy
The Lady Saltoun

Members of Foreign Royal Families
The Prince and Princess of the Asturias
The Crown Prince of Bahrain
Prince Philippe and Princess Mathilde of Belgium
The Sultan of Brunei and Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha
King Simeon II and Queen Margarita of the Bulgarian
The Queen of Denmark
King Constantine and Queen Anne-Marie of the Hellenes
Crown Prince Pavlos and Crown Princess Marie-Chantal of Greece and Prince Constantine of Greece
Sheikh Ahmad Hmoud Al-Sabah of Kuwait
Prince Seeiso Bereng Seeiso and Princess Mabereng Seeiso of Lesotho
The Grand Duke and Duchess of Luxembourg
The Yang di-Pertuan Agong and Raja Permaisuri Agong of Malaysia
Prince Albert II of Monaco and Miss Charlene Wittstock
Princess Lalla Salma of Morocco
The Crown Prince and Princess of The Netherlands
The King and Queen of Norway
Sayyid Haitham bin Tariq Al Said of Oman
The Emir of The State of Qatar and Sheika Mozah bint Nasser Al Missned
King Michael I of Romania and Crown Princess Margarita
Prince Mohamed bin Nawaf bin Abdulaziz of Saudi Arabia and Princess Fadwa bint Khalid bin Abdullah bin Abdulrahman
The Queen of Spain
The King of Swaziland
The Crown Princess of Sweden and The Duke of Västergötland
Princess Maha Chakri Sirindhorn of Thailand
The King of Tonga
The Crown Prince of Abu Dhabi
Crown Prince Alexander and Crown Princess Katherine of Yugoslavia
The Princess Elizabeth of Yugoslavia

Antara Selebriti yang dijemput :

Mr. Rowan Atkinson
Actor Rowan Atkinson is a close friend of The Prince of Wales.
- Rowan Atkinson aka Mr. Bean dan bakal keluar dengan filem terbarunya 'Johnny English 2'. Fa tengok preview kat panggung last week. Released tahun ni kot.

Sir Elton John
Sir Elton John is a singer-songwriter, composer and pianist. He performed at the funeral of the late Diana, Princess of Wales.

Mr. and Mrs. David Beckham
Prince William, as President of the Football Association, has met footballer David Beckham on a number of occasions. They recently worked together as Ambassadors of England's 2018 World Cup Bid.



** Untuk senarai penuh tetamu-tetamu di Perkahwinan Diraja Britain, boleh layari lamanweb : The Royal Wedding 2011 [link]

** Klik sini pula untuk download 96 mukasurat Latest Royal Wedding Media Briefing : berkaitan Aturcara, Senarai Penuh Tetamu-tetamu, Susun atur tempat duduk tetamu di Westminster Abbey, Kos majlis, Kek Perkahwinan, Musicians, Official Photographer, Biodata Kate Middleton dan sebagainya.




p/s : 29 April ada royal wedding, kami lak nak g dating.. Nak g tengok movie Thor \^___^/. Dah beli pun tiket siang tadi. lalalalala~


Monday, April 25, 2011

Scream 4 [2011 Film] : Filem Terbaru Bulan April 2011

Malam tadi pergi tengok Scream 4. MEMANG BEST! Recommended tentunya kepada yang mmg dah follow Movie Scream dari awal. Yang tak pernah tengok dari awal pun takpe, mmg boleh layan dan faham jalan cerita dia. Kalau yang agak-agak mudah sangat melatah terperanjat tu sila kawal sikit yer... Couple yang duk sebelah kitorang semalam adoiyaiiiiii... Awek dia gedik. Baru 5 minit pertama tayangan, dah terjerit-jerit. Masalahnya dia je yang kuat menjerit org lain steady lagi. Erm, tak pelah. Husband kata dia sajer nak manja2 ngan pakwe dia la tu kot. Lagi kuat jerit, lagi kuat pakwe dia kepit nanti sambil kata 'takpe, takpe, jgn takut. kan abang ada ni'. Hahahahaha...


Title : SCREAM 4
Released : 15 April 2011
Genre : Horror, Thriller, Mystery, Suspense
Tagline : New Decade. New Rules
Official Website : http://www.scream-4.com/
Main Cast : Neve Campbell (Sidney), Emma Roberts (Jill), Courteney Cox (Gale), David Arquette (Sheriff Dewey), Hayden Panettiere (Kirby), Rory Culkin (Charlie), Erik Knudsen (Robbie)
Rating : 7/10
Synopsis :

Scream 4 mengisahkan tentang kemunculan semula Ghostface, pembunuh yang pernah menghantui kehidupan Sidney dan kawan-kawannya bertahun-tahun dahulu. Sidney antara yang terselamat selain Gale dan Dewey. Dan kini setelah hampir sepuluh tahun dia kembali semula ke kampung halamannya itu, Woodsboro untuk mempromosikan buku terbarunya. Tetapi kepulangan Sidney telah mengundang bahaya kepada semua orang sehingga dia dianggap Angle of Death. Pada hari dia sepatutnya mempromosikan bukunya, Ghostface telah memberi amaran dengan meletakkan topeng berdarah di dalam bonet keretanya.

Dan bermula dari waktu itu, satu persatu pembunuhan telah dilakukan oleh Ghostface. Dan mereka yang menjadi mangsa semuanya ada berkait rapat dengan Sidney. Mereka yang menjadi buruan utama Ghostface adalah sepupunya Jill, ibu saudaranya Kate dan kawan-kawan rapat Jill. 'What's your favourite scary movie?', antara soalan yang kerap ditanya Ghostface melalui telefon sebelum membunuh mangsanya.

Ok, cerita horror ni tak best spoilt banyak sangat. Kalau berkesempatan, pergilah tonton k. Ini antara babak dan muka watak-watak utama Scream 4 : 

Gale ditegah oleh Sheriff Dewey (kini suaminya) daripada campur tangan dalam kes ni. Tetapi Gale berdegil ingin turut serta dan cuba untuk berpakat dengan kawan-kawan Jill di Woodsboro High School untuk sama-sama menjejaki Ghostface tetapi tak diendahkan.

Antara mangsa Ghostface. Manager kepada Sidney.

Gale bergerak sendirian untuk menyiasat tetapi akhirnya dia sendiri terperangkap.

Jill, sepupu kepada Sidney yang turut menjadi buruan Ghostface.

Ada diantara mereka adalah Ghostface ^__^

Persoalannya, siapakah sebenarnya orang disebalik topeng Ghostface? Sorang atau dua orang? Di akhir filem memang akan terjawab persoalan tu tapi tak budget langsung yang 'dia' / 'mereka' lah pembunuhnya aka Ghostface. Sebab teka orang lain. Huhu~ tu yang best tengok movie camni. Sambil-sambil tonton, sambil tu berpikir mencari jawapan siapa pembunuhnya.

Scream 4. Antara movie yang boleh layan untuk bulan April ni. 


comel juga Emma Roberts nie... tetiba*






Wednesday, April 20, 2011

Dokumentari Istimewa dan Siaran Langsung Perkahwinan Diraja Britain di ASTRO


Selain tonton di NTV7 [link], boleh juga saksikan dokumentari istimewa dan siaran langsung Perkahwinan Diraja diantara Prince William & Kate Middleton di ASTRO.



Channel-channel yang terlibat :


TLC CHANNEL..

• Charles and Di: Once Upon a Time Premieres Monday, April 25 at 9:00 pm
Relive the most-watched wedding of the 20th century—one billion people, all glued to the television on July 29, 1981, as Prince Charles married Lady Diana Spencer. This two-hour special takes viewers back to that very day, replaying the memorable romantic moments as well as fascinating, never-seen-before footage. From the quirky to the queenly, poptoid graphics on screen reveal little-known facts and behind-the-scenes trivia about what made this a fairytale wedding come true.

• Royally Astounding: 30 Defining Days of the Monarchy Premieres Tuesday, April 26 at 9:00 pm
This compelling documentary holds up a magnifying glass to 30 days in the life of the royal family over the last 30 years. How did the British Monarchy learn from the mistakes made back in 1981 to ensure the mismatch of Charles and Diana would not be repeated in 2011 with William and Kate? We count the 30 key dates—good and bad—that enabled a many-centuries-old institution to "Keep Calm and Carry On."

• Wild About Prince Harry Premieres Wednesday, April 27 at 9:00 pm
With his brother William about to tie the knot, Prince Harry, at 26, takes over the top spot on the list of the world's most eligible bachelors. This hour-long special seeks to answer the question of just how did a teen—so troubled after his mother's death—manage to transform himself into a war hero, a charity campaigner, and a royal pin-up worthy of best man status?

• Making of a Royal Wedding Premieres Thursday, April 28 at 9:00 pm
What does it take to pull off a once in a lifetime event? This hour-long special brings audiences inside some of the amazing choreography of logistics and details that go into preparing for the wedding of the century. From security to dresses, from maintenance to meals, we'll catch up with the tailors, photographers, artisans, vendors and even wedding guests as they all get ready for the Big Day.

• Extreme Royal Collections Premieres Thursday, April 28 at 10:00 pm
Meet the most avid royal collectors from around the world! In the UK, squeeze into Margaret's home where, after 30 years of non-stop collecting, she lives proudly surrounded by 10,000 plates, cups, spoons, and figurines in an amazing world of regal clutter. In Australia, rub shoulders with Janet and Philip, a couple who regularly open their doors to tour bus parties for tea and a tour of their royal bounty. And in the US, get a glimpse of the glamorous world of Pat, a high-end collector whose haul of royal collectables includes some of Princess Diana's dazzling gowns.

• Countdown to the Royal Wedding Premieres Friday, April 29 at 3:00 pm
Royal experts and beloved Say Yes to the Dress star Randy Fenoli host a round table from the UK, New York and beyond to bring viewers up to speed on everything they need to know for the big day.

• Live Royal Wedding coverage – (LIVE) Premieres Friday, April 29 at 5:00 pm
Join Clinton Kelly of What Not To Wear, Randy Fenoli of Say Yes to the Dress, and entertainment correspondent Amanda Byram, who will be bringing you the day's events in a special version of the live coverage exclusive to TLC.

 
 
p/s : Untuk Channel lain tu boleh lah layari website Astro untuk dapatkan full intisari rancangan k.
 
 

I Do, I Do, Do Do Do Do Do Do Doo....

"You make we wanna say I do, I do, I do, do do do do do do doo..." Suka part ni. Lagu pembukaan untuk iklan Wedding Prince William & Kate Middleton kat Astro Channel TLC. Jom layan lagu dari Colbie Caillat.


I DO by Colbie Caillat

It's always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy to say that our love wouldn't last
That was the only way I knew till i met you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo

Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, I did, I get myself into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust and never feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through

So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Wooh, Can I get myself into
You make we wanna say
Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm 80 years old and sitting next to you.

And when we remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo

Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you.....

Potret Prince William & Kate Middleton Menggunakan 77,000 Pin Hasil Tangan Artis Malaysia


*UNIK*
Potret Prince William & Tunangnya Kate Middleton


Seorang artis Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk menghasilkan sesuatu yang unik sempena perkahwinan diraja Britain pada 29 April ini antara Putera William dengan tunangnya, Kate Middleton. Dengan bakat istimewanya, Nason Ponniah, 56, menghasilkan potret kedua-dua pasangan itu menerusi 77,000 pin bersalut nikel yang berukuran 1.05 meter x 1.40 meter. 

"Saya mahu melakukan sesuatu mengenai perkahwinan yang bakal menjelma. Setiap orang bercakap mengenainya. Ia seperti hadiah. Saya percaya saya seorang yang melakukan seperti ini (menghasilkan potret dari pin)," kata ejen hartanah ini kepada Bernama. Nason berkata, dengan menghasilkan potret berkenaan, beliau juga mahu menjadikan Malaysia terkenal dari hasil karya yang unik seperti itu.

Beliau sangat-sangat berharap supaya karyanya itu dapat dihantar ke Istana Buckingham. "Jika ada cara saya boleh menghantarnya ke Istana Buckingham, saya akan lakukannya. Saya berfikir untuk meminta bantuan Datuk Jimmy Choo (pereka kasut terkenal yang berasal dari Malaysia). "Atau saya boleh letak di Suruhanjaya Tinggi British atau British Council di mana orang boleh melihatnya," kata beliau yang juga akan mempertimbangkan sekiranya terdapat badan korporat yang mahu membeli hasil seni itu.

Sehingga kini Nason mencipta ratusan hasil seni dari pin termasuk wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan bangunan seperti Kuala Lumpur City Centre. - BERNAMA


Tuesday, April 19, 2011

Limitless [2011 Film] & RIO Combo di TGV Cinema

Filem yang baru released di pawagam bulan ini adalah LIMITLESS. Tengok sabtu lepas tapi baru nak wat entry. Sebelum tu beli dulu popcorn baru namanya tengok wayang ;p Ambik RIO COMBO. Hanya di TGV Cinema. Dapat Caramel Popcorn, Lolipop Chupa Chups dan botol air plastik Bercetak gambar RIO. RM10.90. Berbaloi sebab botol air tu boleh guna semula wat minum milo ais kat umah. ngeeee...

 


LIMITLESS @ TGV


Title : LIMITLESS
Released : 14 April 2011
Taglines : What if a pill could make you rich and powerful?
Genre : Techno Thriller
Cast : Bradley Cooper, Robert De Niro, Abbey Cornish, Andrew Howard, Anna Friel, Johnny Whitworth
Ratings : 7/10 stars
Synopsis :

Filem dimulakan dengan Eddie sedang berdiri di balkoni apartmentnya. Cubaan untuk membunuh diri. Lepas tu flashback tentang apa yang berlaku sebelum kejadian tu. Kisahnya Eddie Morra, seorang penulis yang hidupnya tidak teratur dan baru ditinggalkan kekasihnya Lindy. Lindy merasakan Eddie sebagai seorang yang tiada future. Dalam hubungan mereka, dia jugalah yang selalu kuarkan duit jika mereka keluar bersama. Jadi Lindy mulai bosan dan mengambil keputusan untuk berpisah.

Selepas itu, Eddie bertembung dengan Vernon, adik kepada bekas isterinya Melissa. Vernon menawarkan sebiji pil  / drug yang membuatkan kita mampu untuk menggunakan 100% fungsi otak kita. Pil tersebut dinamakan NZT. Awalnya Eddie tidak percaya kerana mengikut kisah lama Vernon adalah seorang pengedar dadah. Tapi Vernon meyakinkan Eddie bahawa dia sudah tinggalkan kerja tersebut dan kini bekerja di tempat pengeluaran pil NZT tersebut. Pil itu belum diedarkan tetapi kononnya telah mendapat kelulusan.

Sekembali ke apartment, Eddie makan pil NZT dan dia mengalami keadaan yang paling dia tidak pernah rasa. Eddie menjadi lebih fokus, pandangannya menjadi lebih jelas dan idea datang mencurah-curah walaupun sebelum ni mengalami writer's block. Dia berjaya menyiapkan 40 mukasurat article dalam satu malam sahaja dan membuatkan semua bangga dan tidak percaya dengan apa yang dia berjaya lakukan. Apa yang berlaku padanya adalah melebihi jangkauan dan kemampuan biasa.

Eddie telah menjadi ketagih kepada pil NZT. Dia cuba untuk mendapatkan bekalan dengan bertemu Vernon dgn pergi ke rumahnya tetapi Vernon telah dibunuh. Akibat panik, Eddie menggeledah seluruh rumah dan menjumpai satu plastik yang mempunyai beratus pil NZT dan wang Vernon. Dia ambil dan gunakan untuk merubah penampilan dirinya. Eddie mula bermain saham dan mampu mencapai untung berjuta dollar dalam tempoh beberapa hari sahaja. Sepertimana tajuk filem ni, Limitless. Memang kalau makan pil tu, segalanya menjadi mudah. Minda menjadi positif, pergerakan pantas sehingga Eddie tak kan ingat langsung apa yang dia telah lakukan dalam tempoh pil tu berkesan (1 hari). Eddie juga berjaya memikat semula hati Lindy walaupun masih berahsia tentang pil NZT tu.

Kebijaksanaan dan keupayaan luar biasa Eddie juga berjaya menarik perhatian Carl Van Loon, businessman tersohor. Carl ingin mengambilnya bekerja dan mendapatkan khidmat nasihat berhubung perniagaan daripadanya. Tetapi hari demi hari, pil NZT makin berkurangan. Eddie mulai kurang mampu memberikan nasihatnya dan menjadi kurang bijak. Tambahan pula pil tersebut ingin dirampas oleh beberapa orang yang tahu akan kuasa luar biasa pil NZT tu. Sehingga mengancam nyawa kekasihnya, Lindy. (Part ni mcm blh rasa apa itu takut apabila kita dikejar oleh orang kita tak kenal. Takut, kecut, menggeletar. Lakonan berkesan di sini oleh Abbey Cornis) Cuma kesan sampingan yang Eddie tidak tahu akibat pengambilan pil NZT adalah kematian..

Ending dia plak? smmgnya dah penat nak tulis ni. Hehehe... bolehla baca sendiri kat web atau google jer video trailer. Fa tak boleh bagi lebih dari 7 bintang sebab ramai kata The Source Code lebih best dan byk aksi. Limitless tiada aksi sangat. Sikit-sikit jer dekat ending. Tu pun setakat tembakan dan bunuh. Bom meletup semua takde. Tapi seronok juga tengok filem melibatkan mental & keupayaan otak macam ni. Tengok lagi sekali pun tak kisah... Dun worry, filem ni bukan perlukan kita berpikir ttg formula sains ke apa. Tengok dan hayati je apa kita mampu lakukan sekiranya 100% fungsi otak digunakan. Ada baik, ada buruk.  ^_____^




Senarai Penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak 2011 Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak ke-83



Susunan keutamaan Kurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-bintang Kehormatan dan Pingat-pingat yang diluluskan oleh Dewan Negara Perak adalah seperti berikut:-

1. Darjah Kerabat Yang Amat Dihormat (D.K.)
2. Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak (D.K.S.A.)
3. Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak (S.P.S.A.)
4. Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.)
5. Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.)
6. Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P )
7. Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.)
8. Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.)
9. Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)
10. Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.)
11. Darjah Pewira Taming Sari (P.T.S.)
12. Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)
13. Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M.) **
14. Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P )
15. Darjah Hulubalang Taming Sari (H.T.S.) *
16. Darjah Kesatria Taming Sari (K.T.S.) *
17. Darjah Perajurit Taming Sari (A.T.S.) *
18. Tauliah Jaksa Pendamai (J.P.) ***
19. Pingat Keberanian Handal (P.K.H.)
20. Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
21. Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
22. Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.)

Nota:
* Anugerah Darjah Perwira Taming Sari (P.T.S.), Darjah Hulubalang Taming Sari (H.T.S), Darjah Kesatria Sari (K.T.S.) dan Darjah Perajurit Taming Sari (A.T.S.) telah dimansuhkan pada tahun 1989.
** Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M) telabpun diwujud dan dizahirkan mulai tahun 1989.
*** Sebelum tahun 1990 singkatan J.P bagi tauliab Jaksa Pendamai ini dibubuhkan terakhir antara singkatan-singkatan Bintang dan Pingat lain. Pada ketepatannya, singkatan J.P tidak diimbuhkan bersama pada hujung nama seorang Jaksa Pendamai dalam persuratan melainkan surat rasmi yang dituju kepadanya ada berkaitan dengan perlantikannya sebagai seorang Jaksa Pendamai.




Berikut adalah 927 penerima-penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke 83 pada hari ini, 19 April 2011. Daulat Tuanku.


Darjah Kerabat Diraja Yang Dihormati (D.K.)
: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V.

Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Amat Dimulia (S.P.S.A.) yang membawa gelaran DATUK SERI DIRAJA
: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) yang membawa gelaran DATUK SERI
: Gabenor Wilayah Lampung, Indonesia, Drs Sjachroedin ZP S.H.

Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) yang membawa gelaran DATUK SERI PANGLIMA
: Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail.
: Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Rodzali Daud.
: Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin.

Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.) yang juga membawa gelaran DATUK SERI
: Seorang Akauntan Bertauliah & Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Datuk Ahmad Johan Raslan.
: Pengerusi The News Straits Times Press (NSTP), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan.
: Ketua Pegawai Eksektif Kumpulan Air Asia, Datuk Seri Dr Anthony Francis Fernandes.

Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.) yang membawa gelaran DATUK
: Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datuk Zalekha Hassan.

Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) yang membawa gelaran DATUK PAHLAWAN
: Panglima 8 Briged Markas 8, Bridget Kem Pengkalan Chepa, Brig. Jen. Abdul Rahim Abdul Mutalib.
: Atase Pertahanan Kedutaan Malaysia di Indonesia, Mohd Anuar Rijaldin.
: Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof.

54 dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) yang membawa gelaran DATUK

1. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Perak Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir;
2. Datuk Bridget Menezes;
3. Cheah Keng Toh;
4. Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi di Eeran Specialist Clinic Dr Eeran Jawlly Dass;
5. Kol (B) Harbans Singh;
6. Perunding Kanan Radiologi Dr Mohamad Abdul Kadir;
7. Mohd Hisham Che Abdul Ghani;
8. bekas ketua pasukan hoki negara N. Sri Shanmuganathan;
9. Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia Nur Azmi Ahmad;
10. Pakar Perunding Anaesthesiologi, Institut Jantung Negara Dr Sharifah Suraya Syed Mohd Tahir.
11. Presiden Kelab Wanita Perak (Wilayah Persekutuan dan Selangor) Siti Hendon Chek;
12. Yeoh Wooi Teong;
13. Datuk Pearl Schubert;
14. Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Berhad, Datuk Abdul Aziz Ishak;
15. Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia Lt Kol. (B) Husin Jazri;
16. Pengarah Institut Kajian Tenga Solar, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Kamaruzzaman Sopian;
17. Pengarah Urusan Sunway City Berhad Ngeow Voon Yean;
18. Pengerusi The East Asian Institute Prof Wang Gungwu.
19. Chin Yan Oon@ Chin Gan Oon;
20. Deamadoo a/l Narasimuloo;
21. peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin;
22. Termizi Mohamad;
23. Abdul Jamil Mat Kasa;
24. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak Ismail Saffian;
25. Lew Sew Yee @ Liew Sew Yee;
26. Lim Si Boon;
27. Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin;
28. Mohamed Sani Supi;
29. Mohd Nazri Shahruddin;
30. peguam Dr Naran Singh;
31. Ooi Jing Ting;
32. Puizah Abu Kassim;
33. Dr R.Palan;
34. Setiausaha Parti Gerakan negeri Perak See Tean Seng;
35. anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pongsu Sham Mat Sahat;
36. Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar;
37. Dr Zakaria Abdul Kadir;
38. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak Abu Hasan Mohd Isa;
39. Pegawai Daerah dan Tanah Manjung, Ahmad Shafiee;
40. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Asariah Mior Shaharuddin;
41. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Sumber Manusia), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Asri Saad;
42. Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan) Kementerian Kesihatan Jagjit Singh;
43. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak Mohd Rauhi Mohd Isa;
44. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengurusan Pelaburan Negeri Perak Muhammad Hafni Ibrahim;
45. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Nursiah Arshad;
46. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam;
47. Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perak Syed Mokhtar Syed Iddris;
48. Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan;
49. Pengarah Kanan Bahagian Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Vasudevan a/l Natchimuthu;
50. Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin;
51. Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perak Dr Dolbani Mijan;
52. Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Maarif Al-Islamiah Abdul Majid Zainal Abidin;
53. Wan Othman Wan Omar.
*Dalam senarai di BERNAMA ada 53 jer. Siapa tau siapa lagi 1 individu tu lagi???


Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.) kepada 14 penerima.

Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P.) kepada 65 penerima.

Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M.) kepada 25 penerima.

Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.) kepada 192 penerima.

Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.) kepada 274 penerima.
Antara yang dianugerahkan; Ketua Biro Berita Harian Perak Jalal Ali Mohd Abdul Rahim dan pemberita New Straits Times Jaspal Singh.

Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) kepada 280 penerima.
Antara yang dianugerahkan; Pemberita Utusan Malaysia Ani Awang, Pemberita The Star Chan Li Leen dan jurugambar Bernama Biro Perak Noraini Ahmad.

Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.) kepada 10 penerima.



Monday, April 18, 2011

Big Shot Cheesy Pops Pizza ~ Dinner di Pizza Hut

Fa bukanlah fans sangat pizza2 ni tapi Big Shot Cheesy Pops Pizza mmg sedap. Topping dan sauce dia menyelerakan. Ada kepingan ayam dan seekor prawn yang rangup di setiap kepingan. Cuma yang 2 lapisan keju tu cepat buat rasa kenyang. p/s : jgn makan banyak keju kalau nak jaga badan ;p 


SET BIG SHOT CHEESY POPS PIZZA untuk 2 orang...

nom nom nom... lunch + dinner ~

Add on wajib ^___^