Pages

Monday, November 28, 2011

Restoran Renaz Steamboat 2 in 1 & Kacang Pui


Sehari lepas settle kenduri adik, kami ramai-ramai g makan steamboat. Tetiba teringin. Muak asyik nasi, gulai, goreng2. Kali ni try makan tempat baru. Last time balik kampung dah makan kat Huski. Sedap gak mknn situ dan ada juga steamboat tapi RM60/4 person. Tempat kami pergi ni murah sikit. Nak tunggu makan kat Seoul Garden plak, dari ritu kami plan tapi tak sampai2 lagi. Heee... Takpe, nanti2. Tu kena prepare perut betul2 kosong dan duit lebih..


Restoran Renaz Steamboat 2 in 1 : Rebus & Bakar
Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis


Hanya RM9.90 untuk seorang. Makan sepuasnya tapi kalau tak habiskan apa yang dah diambil kena charge tambahan.


Antara pilihan yang ada. Ada 1 gambar je padahal sebelah2 tu ada lagi makanan len. [Ini sebab Mr. husband sibuk amik gambar awek2 cun tengah makan steamboat smpai tak amik gambar menu len. Grrr...] Takpe takpe. Bab pilihan mknn kat sini ok je. Kenyang gak. Cuma yang kurang best sbb takde seafood. Mungkin kenalah dgn harga dia. Kalau area Kedah dekat ngan laut byklah seafood. Masa kami datang sumber protein yang ada hanya Ayam & Daging. Perapan biasa & perapan black pepper. Yang lain ada mee kuning, suhun, kuetiow, kangkung, sawi, kubis, telur dan 2 jenis homemade sos.


Special kat sini sebab masak tak guna dapur gas. Tapi guna arang. Baru syiok, original. Bila dah set up semua nanti akak restoran akan tuangkan sup. Dan dia akan tambah sup tu sepanjang masa. Paling sedap adalah bakar daging dan ayam black pepper kat tengah tu. Nyum!
 
 
Pemandangan dari luar restoran. Waktu 8 malam - 10 malam tu memang penuh. Next time nak try makan kat Jitra plak. Adik kata ada restoran steamboat yang murah gak + ada seafood ;p



Petang sempat pergi shopping kat market di Padang Besar. Pastu lepak makan Pulut Ayam. Tapi fa tak makan pulut sangat. Angin. Layan ayam goreng tu je. Memang sedap! Patut dorang bagi 2/3 ketul lor.. Huhu~

Kepada yang nak shopping kat Padang Besar skrg, disebabkan banjir di Thailand jadi ada sesetengah barang tu memang mahal. Nak tawar pun dia tak bagi. Macam toto narita pun dah RM43-RM46. Selalu +-RM30 je. Katanya bekalan dari Thailand tak sampai jadi harga tu dorang tak boleh nak kasi lagi murah. 
 
Datang Padang Besar ni paling berbaloi beli kekacang dan beras pulut dia. Buah delima pun sebijik RM1. Murah. Kat putrajaya ni ada yg jual sampai sebijik RM5 o_O
 
Fa dikenalkan dgn 1 lagi makanan baru. Ini kacang pui. Kat Utara je ada kot sebab kat sini tak pernah jumpa. Mama beli sikit bawak balik. Memang sedap. Hanya basuh bersih2 dan rebus. Isi dalam dia warna purple.
 
 Kacang Pui
 

8 comments:

ArELeEz said...

xpenah dengor & rase lagik kacang pui tuh. nampak gayanya macam sodap utk snacking. klu b'peluang, nak try gaklah.

Shafa said...

areleez : dtg padang besar carilah kacang pui ni. sedap gak makan panas2.

Alieza Dayasari said...

alah kat perlis plak...
ermmm.. kalau tak dah lama saya terjah...
singgah2 jap.. usha entry usha iklan..
sama2 tambah $$$$

Shafa said...

Alieza : thanks. lain kali rajin2 dtg usha blog ni lagi... ;p

Ardini Humaira said...

nyammmmm!!! :D

ezzyra said...

antara restoren wajib saya pegi...tp thun ni x pegi pon lagi...masih x berkesempatan lagi nk pegi..

Anonymous said...

salam...
jika berminat mahu membeli dapur steamboat 2 in 1 rebus dan bakar... sila email ; kkzackshoppe@ymail.com
F/B : http://www.facebook.com/kkzackshoppesweet

coklatberapi said...

kacang puii..terbaik:D