BAJET 2012 / BELANJAWAN 2012 / 2012 BUDGET
Sumber : Parlimen & Kementerian Kewangan Malaysia
Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Pembentangan Belanjawan 2012 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut :
TARIKH : 7 OKTOBER 2011 (JUMAAT)
MASA : 4.00 PETANG
TEMPAT : PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 2011/10/04
Ucapan Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan di Parlimen Jumaat ini akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan portal Perbendaharaan Malaysia.
Kenyataan Kementerian Kewangan hari ini menyebut ia adalah bagi memudahkan pengguna internet mengikuti siaran langsung ucapan berkenaan yang bermula 4 petang.
Siaran langsung ucapan itu boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan melayari portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my.
Teks ucapan belanjawan 2012 dan Laporan Ekonomi 2011/2012 juga boleh dimuat turun dari portal berkenaan sejam selepas Perdana Menteri membentangkan belanjawan.
Menurut kenyataan itu lagi, ucapan Belanjawan 2012 juga boleh diakses melalui mobile web http://www.treasury.gov.my/bajetmobile, pautan RSS di http://www.treasury.gov.my dan pautan menerusi laman web agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti Kastam DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. - BERNAMA

2 comments:
boleh tgk live nnt ni...hehehe
BoyPj : yup, tapi yang keje tu payah sikit la nak follow secara live. T_T
Post a Comment