Pages

Sunday, September 25, 2011

Khasiat Virgin Coconut Oil (VCO) / Minyak Kelapa Dara : Catalyst VCO


Pagi tadi baru je terima parcel daripada Irine Nadia. Order Catalyst Virgin Coconut Oil (VCO) kat dia ^_^. Beli sekotak je dulu untuk percubaan. Tengok daripada testimoni kata VCO ni bagus untuk meningkatkan kecantikan kulit dan kesihatan dalaman badan. Harga sekotak (60 softgel capsules) hanya RM39.90. Cukup-cukup bekalan untuk sebulan.

Kepada yang ingin membuat pembelian Catalyst VCO atau produk kesihatan lain, bolehlah layari Blogshop : Irine Nadia Sweet House [link] atau boleh juga dapatkan daripada pengedar-pengedar Catalyst berdekatan. Kalau google memang ramai juga blogger yang jadi pengedar ^__^



Apa itu Virgin Coconut Oil (VCO)? 
VCO adalah ”Virgin Coconut Oil” atau minyak kelapa dara. Sebenarnya, minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kelebihan Catalyst VCO ialah ia menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan terutamanya untuk kulit. Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata, strechmark bagi wanita hamil dan banyak lagi. 

”Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”
Dr. Bruce Fife
Director of the Southern Colorado
Chapter of the Weston A. Price Foundation


Antara Kebaikan/Khasiat Catalyst VCO
  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Tiada masalah keputihan ketika hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
  • Jerawat cepat susut.
  • Sistem penghadaman lebih baik.
  • Kesuburan.
  • Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
  • Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
  • Batuk dan Selsema cepat hilang.
  • Mengurangkan tidur berdengkur.
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
  • Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
  • Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
  • Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
  • Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
  • Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
  • Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.   
  • Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
  • Terhindar dari segala alahan.
  • Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.

Pengambilan Catalyst VCO bagi Wanita Hamil
 
Selain bagus untuk kulit. Kesihatan dalaman dan luaran. VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin.

Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, VCO tiada side effect sbb dia  bukan ubat. it's simply a great supplement. Setakat ni based on testimoni2 pengamal VCO, ada 3 orang dah berjaya hamil. Alhamdulillah.. rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita jugak kene berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baek.

Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan InsyAllah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan.

CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL. Pengambilan VCO bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana VCO juga berfungsi sebagai agen pelincir.

Cara Pengambilan Catalyst VCO
  • Boleh digunakan dengan 2 cara : makan atau sapu di permukaan kulit (untuk masalah kulit muka)
  • Makan 1 biji 2 kali sehari (pagi dan malam) atau 2 biji sekaligus, selepas/sebelum makan.
  • Seelok-eloknya diambil bersama air suam atau air kosong.
  • Untuk sapuan di muka, lubangkan bahagian soft gel menggunakan jarum atau gunting dan sapukan pada permukaan kulit. Boleh dilakukan sebelum tidur malam selama 15 minit atau dibiarkan sehingga pagi.

 Sumber : 


7 comments:

Lady Rina said...

macam best jer..nanti nak try la...price pun ok kan..:)

Shafa said...

Lady Rina : itu lah. lama dah dgr vco ni byk kebaikan dia. selain catalyst, brand lain pun ada tapi dah tengok top brand ni, amik je la... hehe.. hrp2 berkesan la makan vco ni.

Lady Rina said...

shafa: dah ada kesan nanti share la ye...tq..

Shafa said...

Lady Rina : InsyaAllah... baru nak start makan ni ^__^

Anonymous said...

HI SHAFA..I NAK TANYE KALO KITE NAK BELI VCO NI SECARE TRUS BOLEY X?MAKSUDNYE X PERLU POST..

Shafa said...

anon : bab pembelian tu boleh tanya pada irine la. sbb dia yang jual bukan saya...

Anonymous said...

Sy pn skrg tgh gune produk virgin oil..kulit muke lembab n lmbut je even tmpa pkai make up..sape2 yg blom cube..pe kate cube amik produk ini sbg satu supplement kshtn..xrugi pn kalu amik..hehehe...