Pages

Monday, July 4, 2011

Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) : Tapak Pertama Projek PR1MA@11.Putrajaya (Gambar Floor Plan)


Upacara :
Majlis Pelancaran dan Upacara Pecah Tanah Tapak Projek Pertama Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
Dilancarkan oleh :
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Tarikh Pelancaran :
4 Julai 2011
Lokasi Pelancaran :
Dewan Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya

Tengahari tadi fa hadir ke majlis pelancaran PR1MA ni. Seawal 10:30 pagi tetamu dah mula memenuhi dewan sambil menanti ketibaan tetamu-tetamu kehormat dan Perdana Menteri Malaysia yang bakal melancarkan PR1MA. Antara yang turut hadir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Noor Mohamed Yakcop dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Dato' Raja Nong Chik. (Tak silap macam ada nampak Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti juga. rasanya la ;p)

Di luar dewan ada beberapa booth daripada agensi kerajaan dan syarikat pemaju hartanah dan perumahan yang terlibat dalam menjayakan Fasa Pertama Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ini. Diantaranya Cyberview Sdn Bhd, SP Setia Berhad, 1MDB, MRCB Resources Berhad, Sime Darby Property, CIDB Malaysia dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd. Mereka pamerkan model-model rumah yang bakal dibina.

Walaubagaimanapun, Lokasi tapak perumahan pertama bagi Projek PR1MA adalah di Presint 11, Putrajaya. Pangsapuri sulung yang bakal dibina ini terletak bersebelahan dengan Pangsapuri Putra Damai, berhadapan dengan Kompleks Kejiranan Presint 11 dan sekelilingnya adalah rumah-rumah kuarters teres Presint 11. Ada juga sekolah rendah dan menengah, Food Court, Balai Polis, PKD Putrajaya, dan Taman Saujana Hijau di kawasan berhampiran.

PR1MA@11.PUTRAJAYA. Pembangunan PR1MA pertama di Malaysia.
PR1MA@11 akan dimajukan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd.

PR1MA @ 11 Putrajaya
Jenis A - 140 Unit. 4 Unit di setiap tingkat. Keluasan 1,006kp.

PR1MA @ 11 Putrajaya
Jenis B - 420 Unit. 12 Unit di setiap tingkat. Keluasan 815kp.

Pangsapuri Kontemporari yang Permai. PR1MA@11
560 Unit Pangsapuri (7.50 ekar)
Blok A - 16 Unit x 11 Tingkat
Blok B & C - 16 Unit x 13 Tingkat
Kemudahan Awam - Dewan Serbaguna, Surau, Tadika, Taska dan Pusat Komersial.


Mengikut pelan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), rumah kategori kos rendah yang bakal dibina akan berharga dalam lingkungan RM150,000 hingga RM300,000 (bergantung kepada lokasi dan saiz unit rumah juga ya) Tetapi ketika di majlis pelancaran siang tadi, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Pangsapuri PR1MA@11 yang bakal memulakan pembinaannya pada suku ke-3 tahun ini akan dijual dengan harga RM120,000 seunit.

Mesti ramai yang berminat kan? Siapa yang duk kat Pangsapuri ni nanti bakal jadi jiran fa la nampaknya. Hehehe... Oh, ada syaratnya juga kalau nak membeli...

Kelayakan : Pemohon yang layak untuk membeli rumah PR1MA adalah warganegara Malaysia yang berpendapatan sederhana sehingga RM6,000 sebulan. Pembeli juga merupakan pembeli kali pertama bagi program ini dan disyaratkan untuk mendiami rumah PR1MA tersebut (owner occupied). Pembeli juga tidak dibenarkan menjual rumah PR1MA yang dibeli untuk tempoh 10 tahun.

Bila boleh mula memohon di bawah Skim PR1MA : Belum ada maklumat tentang tu lagi. Nanti kalau dah ada, fa update. InsyaAllah...


Dikemaskini pada 2 Oktober 2011 :

BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN RUMAH PR1MA DI PRESINT 11 INI TELAH MULA DIBUKA. PERMOHONAN BOLEH DIBUAT SECARA ONLINE SEHINGGA 13 OKTOBER 2011


KLIK LINK DI BAWAH UNTUK INFO LANJUT :


BORANG PERMOHONAN PEMBELIAN RUMAH PR1MA @ 11



17 comments:

Anonymous said...

salam fa..ikin pun ada tgk pelancaran perumahan ini, tapi kat tv je..hee..actualy tgh cari cara macam mana nak buat permohonan ni.if ade info terkini cara memohon..inform cepat ye.
thank you

Ina Farhana said...

salam, dengan pihak siapa kalau nak berurusan?

Ina Farhana said...

salam.. dengan pihak siapa yang kita berurusan untuk pembelian umah di presinct 11 tersebut?

Anonymous said...

ok ok.. papehal roger² yer..

Shafa said...

Anon dan Ina : Permohonan telah dibuka sekarang!

Anonymous said...

As' Salam..thans for the sharing

Shafa said...

Anon : same same lor... cepat2 daftar kalau berminat dgn rumah pr1ma ni. nak lawat tapak pun boleh. Kontraktor tengah tambun tanah kasi tinggi sikit area rumah pr1ma ni.

Anonymous said...

salam.. saya ingin tahu bagaimana caranya utk memohon perumahan PR1MA di Bandar Tun Razak, memandangkan saya terlepas peluang utk mendapatkannya di Presint 11.. adakah permohonan telah dibuka dan website mana perlu saya layari utk mendaftar.. tk

Shafa said...

anon : sehingga sekarang belum ada apa2 pengumuman tentang pembinaan rumah pr1ma di bandar tun razak. kalau tak silap minggu lepas kata next project akan mula di cyberjaya. tak sure. tapi untuk kepastian boleh contact pr1ma sendiri. selalunya kita tunggu pengumuman rasmi jer di tv/paper.

Anonymous said...

Tahniah kpd yg berjaya. Apa status terkini bagi yang nombornya berjaya di cabut di balloting? Ada yang dah dapat surat tawaran ke? Berminat juga nak tau detail projek pr1ma ni lain kali boleh apply~

Anonymous said...

nombor naik..tapi sampai sekarang pun tak dapat lagi surat tawaran...ada sapa2 yang dah dapat surat tawaran ke??..hmm lamanya nak tunggu...

Anonymous said...

Lepas balloting result terus senyap je kan pasal PR1MA presint 11 ni. Yang terpilih pun masih belum dapat apa2 tawaran lagi. Musykil betul...

Maria said...

Salam pekenalan , Anonymos sama la..Saya pun nombor naik tapi sampai sekarang masih belum terima surat tawaran. klu ada info la yer.. ape perlu kita buat yer..

Shafa said...

korang semua try la call unit prima ni tanya apa status nya... kalau tak, tak tau. lgpn rumah tu masih dalam pembinaan lagi. lambat lagi siapnya..

hyper_dude said...

saya dah dapat surat tawaran cuma mereka cakap akan call untuk tentukan no rumah dan jenis unit yang dapat.. sampai sekarang tak ada berita apa pun.. tak sabar dh nie. dgr projek tu akan siap 2014.. still waiting

zieverlia simon said...

salam saya nak tahu bagaimana cara memohon rumah pr1ma di sabah lokasi ranau?

Hasmania Abas said...

saya plakk dah terlepas yg had Presint 11 tuh ..... tapi gagah jugak lah kalo ada projek seterusnya dah apply dah tahun lepas 2013 ....deorang nih masih lagi buat diam buat kita tertunggu-tunggu plakk ...siapa yg dah dapat tuh tolonglag bagi info berapa RM yg kita wajib standby nih .....