Pages

Wednesday, June 15, 2011

Cara Pengiraan Tarif Elektrik Mengikut Penggunaan di Rumah Kediaman (Domestik)

Petang tadi baru dapat bil elektrik. Terkezut. Amaun kena bayar adalah 2 kali ganda. Selalu hidup berdua baru RM40++. Tapi bulan ni kena hampir RM90. T__T Mungkin 1 sebab kenaikan tarif elektrik yang baru kuatkuasa 1 Jun hari tu. Lagipun rumah pun dah sebulan ada tetamu. Logik la kot. Tapi bila kami tengok bil, tetap tak faham macam mana la TNB ni kira sebab penggunaan dari 11 Mei - 15 Jun. Jadinya, google la dan jumpa cara pengiraan tarif elektrik mengikut penggunaan kita. Sekarang dah faham. Lepas ni kena pandai agak-agak la penggunaan.

CARA 1 :

Masuk website : TNB dan klik pada modul 'Residental Customers'. Kemudian klik pada modul 'Billing' dan pilih 'Bill Calculator'

Sila pilih Category : Domestic iaitu untuk rumah kediaman. Masukkan jumlah penggunaan kWh yang tertera dalam bil elektrik kita. Klik 'Calculate Bill'. Siap! Dapatlah anggaran bil elektrik bulanan kita.

*Tapi TNB ada kata yang calculation tu sebagai rujukan dan anggaran sahaja. Bil yang betul mungkin berbeza sikit...


CARA 2:

Atau pun untuk lebih mudah boleh skip langkah-langkah di atas. Klik sini : http://www.tnb.com.my/residential/billing/bill-calculator.html


CARA 3 :

Kalau rumah takde Internet, boleh guna cara tradisional. Ambil kertas dan pen / kalkulator. Kira sendiri ikut carta di atas..

  
Ikuti Langkah-langkah Penjimatan Elektrik :

1. Pastikan jumlah bulanan penggunaan elektrik di rumah kita adalah kurang daripada 300 kWh / RM77.00. Jika lebih daripada tu, bayaran adalah mengikut kadar tarif yang terbaru. Rajin-rajin tengok dengan teliti bil elektrik tiap-tiap bulan. Senang nak rancang mana2 yg perlu dikurangkan penggunaannya.
2. Padamkan lampu dan kipas jika tidak digunakan. Sapa takut tidur malam, boleh guna lampu tidur yang lebih rendah watt dia k atau paling2 pun bukak 1 je lampu bukan 1 rumah.
3. Kurangkan penggunaan barangan elektrik.
4. Jangan kerap membuka peti sejuk atau simpan terlalu banyak makanan di dalamnya kerana ia akan menggunakan banyak tenaga.
5. Kurangkan penggunaan air-cond yang berterusan. Guna kipas lebih jimat.
6. Kurangkan penggunaan pemanas air di bilik mandi. Mandi air sejuk lebih menyegarkan badan. Sekali sekala tak apalah. Atau lagi jimat guna cara orang lama. Jerang air dalam cerek jer ;p.


*Untuk maklumat lanjut tentang Tarif Elektrik yang baru berkuatkuasa 1 Jun 2011, sila ke lamanweb : TNB BUZZ / Tenaga Nasional Berhad (TNB)


Mari tonton Video 'How Does New Electricity Tariff Affect Us?'

No comments: