Pages

Monday, May 2, 2011

3 Tips Mahir dan Pintar Matematik Islam Cara Adi Putra


Dalam diam-diam Adi Putra ni dah keluarkan buku sendiri rupanya bertajuk Seni Matematik Islam. Tak tau la apa kandungan dalam buku tu tapi kepada ibu bapa yang inginkan anak mereka pintar dalam matematik, mungkin boleh usha-usha buku adik ni. Manalah tau boleh berjaya juga... Adi Putra juga ada berkongsi 3 Tip untuk mahir dan pintar dalam matematik islam iaitu ;

1. Jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira.
Sebabnya; menggunakan mesin kira sama seperti seseorang itu memalaskan otak untuk berfikir dan mengharapkan jawapan yang dikira terus tertera.

2. Kurangkan mengguna SMS.
Sebabnya; dengan mengurangkan penggunaan SMS pula ia mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang dilihat semakin terjejas ekoran sikap masyarakat kini yang gemar menggunakan bahasa singkatan setiap kali menaip mesej di telefon bimbit.

3. Kurangkan bermain alat permainan video.
Sebabnya; penggunaan alat permainan atau ‘video game’ juga boleh melalaikan jika dibiarkan menjadi hobi sehingga ada yang terleka tanpa perlu melakukan apa-apa termasuk bersolat.

Adi Putra yang turut mendapat gelaran Profesor Cilik Matematik Islam dari Universiti Riau, Indonesia, berkata walaupun permainan video alat interaktif yang mampu menjana minda, tetapi untuk jangka masa panjang ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Buku setebal 200 muka surat yang diilhamkan Adi Putra dalam menghasilkan Matematik Islam sejak dia berusia enam tahun itu dikumpulkan hasil daripada 12 formulanya mendalami pelajaran Matematik. Dijual pada harga RM40.20 senaskhah, buku yang sudah dua minggu berada di pasaran itu terjual lebih 3,000 naskhah sejak ia dipasarkan.

sumber : MyMetro
 

6 comments:

Dr Love said...

No-1 untuk lan sebab sebagai ex-accountant mmg kalkulator jd sahabat karib

No-3 untuk Fa sekeluarga. huhu ~

Shafa said...

Dr Love : oit oit. fa pun kaitan dengan no. 1 k sebab buat kerja kewangan.. ^__^

Miecyber said...

Tahniah Adi Putra...
Kat mana boleh beli buku itu yer...

Kapalterbang bateri

Shafa said...

Mie : setakat fa jumpa tadi kat website nie... http://www.kedaibuku.com.my/

kalau kat kedai buku len tu tak pasti la plak.. mesti ada tue..

Anonymous said...

Artikel ini sangat menarik, terutama karena saya sedang mencari pemikiran tentang hal ini Kamis lalu subjek.

MUhaMMad Zaidi MOhtar said...

Bagus2 ..... Harap kanak2 nie dapat dijaga dengan betul ... KHAZABAH NEGARA 2 untuk masa depan .....