Pages

Friday, March 18, 2011

Syarat Pendapatan Minimum Untuk Memohon Kad Kredit Telah DiNaikkan


Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan paras pendapatan minimum bagi memohon kad kredit. Syaratnya :

- Pendapatan minimum adalah RM24,000 setahun.
- Tarikh Berkuatkuasa adalah serta merta.

Bagi bagi pemohon atau pemegang kad yang memperoleh RM36,000 setahun atau kurang, mereka boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.

Bagi pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad, mereka diberikan tempoh sehingga 31 Disember 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan masing-masing.

Pemegang kad juga diberikan sekurang-kurangnya dua tahun bagi menyelesaikan baki tertunggak mereka untuk kad yang dibatalkan bagi tujuan memenuhi keperluan itu. 

Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad juga tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar kad. Pengeluar kad akan berurusan dan berbincang dengan pemegang kad yang terbabit bagi membantu mereka menstruktur semula pembayaran hutang dalam usaha memudahkan pelaksanaan langkah berkenaan.

Sumber berita dari BERNAMA (2011/03/18)

2 comments:

Woofer Storm said...

sbr la der..lepas ni tak leh nak buat kad baru ..okey gak,tak la ramai org cepat muflis...hahaaa

Shafa said...

Woofer Storm : ada baiknya juga la. takde la semua org sewenang2nya nak mohon kad kredit. Kang berbelanja tak hengat jadi masalah plak.