Pages

Sunday, March 27, 2011

Jusco AEON Bandar Bukit Tinggi : Terbesar di Malaysia & Rantau Asia Tenggara

Hari sabtu ni sepenuhnya untuk adik ipar. Bakal pengantin la katakan. Memula bawak pergi Plaza Alam Sentral Shah Alam utk tempah baju nikah. Dalam byk2 kedai, ada satu butik tu bagi price yang berpatutan & memuaskan hati. Layanan pun bagus. Design baju boleh ikut design apa nak. Akak tu siap boleh jahitkan kain lace pada tudung nikah sekali. Harga bwh RM300. Macam pergi kat PKNS, ada sesetengah butik tu harga dia letak agak melebihi budget walaupun memang cantik dia jahit, kemas. Cuma jahit untuk baju sahaja dah RM350. Belum jahitkan tudung. O_O memang blh terkeluar contact lense adik ipar tu dibuatnya.

Dari Bandar Anggerik ke Bandar Diraja plak. Dekat dengan Stesen Komuter Klang ada kedai jual cadar + perabot. Famista kot nama dia. Mama dan adik ipar tertarik dengan cadar dan harga yang ditawarkan macam dalam Majalah Pesona Pengantin. Ok la. Ambik warna off-white, harga RM399. Kami plak berkenan tengok katil 4 tiang (padahal sendiri dah ada dah katil camni) yang ada dalam kedai tu. Tapi harga dia, amik. RM7000++. Tapi cantik la. Design Victoria. Dapat 2 side table, cermin besar dan meja panjang. Tak pasti jati atau bukan sebab tak tanya detail. Siapa yang berminat boleh ke Bandar Diraja Klang. Area tu dipanggil 'Little India'. Kalau yang nak mencari sari dan pelbagai pakaian tradisi india, ada byk kedai dan gedung jual sari. Macam2 ada tapi parking kena pandailah. Agak sesak sebab ada bus stand kat situ. Lalu lalang sesak ler sikit.


Last sekali pergi Jaya Jusco di AEON Bukit Tinggi Klang. Jaya Jusco yang terbesar di Malaysia dan rantau Asia Tenggara ^___^. Memang seronok jalan2 kat sini. Isi perut di Black Canyon dahulu. Makanan berasaskan Thai. Saje bawak adik ipar ngan kawan dia try. Nasib baik dorang suka.

Set makanan ni awek 2 orang tu la yg makan. Jgn tak percaya sebab licin dorang makan. Tambah2 plak badan tetap slim. Berat memasing tak sampai 45kg pon. Eeeee... jeles jeles*. Paling sedap dalam 4 lauk tu adalah salad sotong + ayam. pedas!

Kami mcm biasa la menu nasi no. 51 dan udon tom yam. Mocha Glacier ni recommended untuk penggemar mocha. Ianya kombinasi blended mocha, icecream mocha dan chocolate chip. Kenyang-kenyang. Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.

Perut kenyang suka hati sampai setiap kali melangkah je hati digoda. Rasa macam patung-patung kat dalam kedai tengah melambai-lambai. Terbeli gak high heels baru warna merah. huhu~ sbb sgt padan ngan warna kulit. Untuk mr. husband, hadiahkan kemeja Diesel. Takpe, sekali sekala. Sebab syg sgt2 kat dia + kenala bagi syg kita nampak kemas dan encem gak ^___^. Asalnya berkenankan kemeja kat Bonia. Tapi price after 20% discount pun masih RM100++. Aiyak. Boleh dapat 1 kemeja + 1 jeans Goggles tau. Tapi serius memang kemeja tu terlalu hensem T__T. Sabar yer wahai hati..


Sebelum balik jumpa Doktor Machine dulu. Gagah la kami berempat cari RM1.00. Masing2 beratur nak dapatkan status kesihatan. Kalaulah dapat angkut machine ni letak kat rumah kan bagus..

Bakal pengantin tengah check percentage lemak dalam badan. Tapi dia paling seimbang antara kami. Dari segi bmi dan blood pressure. Erm... mungkin ada benarnya membeli-belah boleh gembirakan seseorang. Tapi fa plak terlalu tenang / mgkn terlalu lemah. Blood pressure hanya 83/43. Padahal normal 150/90. Member adik plak berat dia baru 42kg tapi blood pressure dah 127. Dia lagi kami pelik. Muka dia pun sama cuak. Mcm dia mungkin la stress keje kot.

Jadi, tak pikir panjang terus plan pagi nanti untuk ke Taman Putra Perdana semula. Aktiviti = JOGGING!!! Harap boleh release tension, kurangkan percentage lemak yang sedikit berlebihan ni dan asi body fit sikit. Caiyok~~~

2 comments:

Anonymous said...

Hye.. sy nk tny name kedai kt Plaza Alam Sentral yg u ckp jahit baju dgn harga berpatutan tu sbb sy nk jahit baju nikah jugak.. Tq..

Shafa said...

anon : nama kedai tu mariam kot. dah lama sgt, lupa dah.. tapi kalau pergi pasentral tu byk kedai butik. masuk je setiap satu tanya harga k.