Pages

Wednesday, February 2, 2011

Senarai 256 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan : Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011, seramai 256 orang telah menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan. Istiadat pengurniaan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Melawati, Putrajaya.

Senarai penerima bagi :

Anugerah Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama :
1. Ketua Setiausaha Negara - Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
2. Setiausaha Agung UMNO - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
3. Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Public Bank Berhad - Tan Sri Thong Yaw Hong.

Anugerah Darjah Seri Mahkota Wilayah (S.M.W) yang membawa gelaran Datuk Seri :
1. Pengarah Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman - Datuk Seri Akhil Bulat.
2. Presiden Parti Progresif Penduduk - Datuk M. Kayveas.
3. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hartanah dan Pemaju Malaysia - Datuk Seri Yam Kong Choy.

Anugerah Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk :
1. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya - Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.
2. Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad - Datuk Mohd Nasir Ali.
3. Pengarah Urusan New Straits Times Press (NSTP) - Nuraina Abdul Samad.
4. Bekas atlet menembak - Sabiamad Abdul Ahad.
5. Bekas pemain bola sepak kebangsaan - Santokh Singh Gurdial Singh.
6. Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti - Datuk Tah Leh Kiah.
7. Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia - Datuk Mustafar Ali.
8. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - Datuk Che Mat Che Al.
9. Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Datuk Salleh Yusup.
10. Pengarah Institut Perubatan Respiratori - Datuk Dr Aziah Ahmad Mahayiddin.
11. Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri - Datuk Himmat Singh Ralla Singh.
12. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi - Datuk Ab Rahim Md Noor.
13. Ketua Jabatan Dermatologi Hospital Kuala Lumpur - Datuk Dr Rashidah Baba.
14. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Bakaruddin Othman.
15. Pegawai Khas Perdana Menteri - Ravindren Chelliah P Ponniah.
16. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan - Anan C. Mohd.
17. Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan - Datuk Azizan Abd Rahman.
18. Pakar Perunding Jabatan Kardiologi Dan Elektrofisiologi Institut Jantung Negara (IJN) -  Datuk Dr Razali Omar.
19. Pakar Kardiologi Jabatan Kardiologi Dan Elektrofisiologi IJN - Datuk Dr Azhari Rosman.
20. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Hartanah Berhad - Kamalul Arifin Othman.
21. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad - Mohamed Razeek Md Hussin Maricar.
22. Profesor Institut Sains Biologi Universiti Malaya (UM) - Profesor Dr Amru Nasrulhaq Boyce.
23. Profesor Jabatan Perubatan Molekul UM - Profesor Dr Rohana Yusof.
24. Pengerusi SCRC Holding Berhad - Low Wui Keong.
25. Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan - Datuk Azizah Abd Samad.
26. Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia - R.Thanenthiran.
27. Timbalan Ketua MCA Bahagian Kepong - Ong Teck Eng.
28. Setiausaha Biro Pendidikan Parti MIC Wilayah Persekutuan - A.Sothinathan.
29. Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan - Bahrim @ Baharuddin A Razak.
30. Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Liew Kon Seng.
31. Presiden Persatuan Penduduk Taman Lucky Kuala Lumpur - Ir Nordeen Mohd Salleh.
32. Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pegawai-Pegawai Kanan DBKL - Khuzaimah Yunos.
33. Timbalan Presiden Operasi Keselamatan Resorts World Berhad - Paul Kiong.
34. Doktor Pakar Telinga Hidung dan Pekak Prince Court Hospital Kuala Lumpur - Dr Kuljit Singh Mahindar Singh.
35. Pengarah Radzuan Fashion Design - Radzuan Radzi.

Dan melengkapkan senarai 256 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan adalah :

25 orang menerima Bintang Johan Mahkota Wilayah (J.M.W).
50 orang menerima Bintang Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W).
66 orang dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan;
74 orang menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W).





10 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

semua org besar2..org kecik2 tak leh trime ke hehehehhee

Shafa said...

mestilah. org besar, jasa pun lebih besar la. yg kecik2 ni nanti dpt gak title datuk tapi bila dah tua nanti la. heeee... atok, atok!

My Little Diary said...

salam,

ramainya yg dpt.... jgn bila dah ada title, lupa pulak jlnkan tanggungjawab.. hehe

happy holiday shafa... :D

Shafa said...

betul2. happy holiday jugak cikidis!

ardinihumaira said...

bestnye dapat darjah kebesaran :D

Amy Syaquena said...

asal nama amy tak de nie ops!! berangan rupanya aku hehe..

Miecyber said...

Tahniah kepada para penerima anugerah...

Rakyat Malaysia baca 2 buku setahun

Liza said...

makin ramai ler yg bergelar dato', nanti lagi ramai dato' yg takde dato'.....

sissyira said...

salam pagi khamis =)


perasan tak nama kita berdua tak ada ni..huhu

Shafa said...

Itulah. setiap kali ada majlis besar2, makin ramai yang dianugerahkan gelaran dato'. Bilalah nama kita semua plak nak naik kan. ^___^. Jadi dato' dan datin. best gak tu.