Pages

Sunday, February 6, 2011

Selamat Datang ke Ladang Burung Unta / Ostrich, Perlis [Gambar & Fakta]

Balik kampung kali nie tak banyak merayau sangat. Kelmarin pergi tepi laut dan semalam petang ke Ladang Ostrich. Tapi kami singgah lepas balik dari Padang Besar : Tempat murah untuk beli kacang bijak dan jagus kesukaan kami. 

Kali ni fa bawak readers blog LovelyShafa untuk ronda-ronda kat Ladang Ostrich ni k. Kalau yang dah pergi, boleh share experience. Yang belum, boleh tengok gambar mana tau bila pergi Padang Besar boleh singgah. 

Mari kenali Burung Unta @ Ostrich dengan lebih dekat. Kalau datang sini, boleh pegang (kalau berani), boleh tunggang (kalau berani) dan bagi makan kat Ostrich tu (tentu berani) ^___^

*Klik pada gambar untuk lebih tumbesaran.

 ~ Selamat Datang ke Ladang Ostrich di Pusat Perkhidmatan Veterinar, Perlis Indera Kayangan ~

Taken dari jauh... Besar kan.
Dekati Ostrich. Boleh bagi makan rumput / ntah daun apa kat burung unta ni. Tak perlu takut sebab dia tak patuk pun. Dia patuk daun tu je ok... Tapi ngeri gak la awal2. lalalala~
Bulu pelepah dia rasa macam bulu ayam. Takut la tengok awal2 sebab besar.
Sebelum tunggang burung unta ni kena tutup kepala dorang dulu. Pastu nak naik pun kena pandai. Kalau tak jadilah macam kat burung unta yang warna coklat tu. Sampai terbabas waktu mamat tu nak try tunggang. Kesian gak tengok burung unta tu terjelepok jatuh sambil mata tertutup. Meronta-ronta dibuatnya. Yang hitam ni ok la sikit... Tengok steady je mamat ni tunggang..
Burung unta mengepak. Tapi budak2 ni selamba je lepak dalam tue.

Fakta berkaitan Burung Unta @ Ostrich
Negara Asal : Afrika Selatan
Harga : RM3,500.00 / ekor

Harga Pasaran bagi :
Telor : RM60.00 - 120.00 / biji
Kulit : RM40.00 / kaki persegi
Bulu : RM25.00 - RM375.00 / paun
Daging : RM60.00 - RM80.00

Pengeluaran Telor : 50 biji setahun
Berat Maksima : 160 kilogram
Ketinggian Maksima : 7 Kaki
Jangkahayat : 70 tahun
Kelajuan Lari : 60 - 80 km/jam
Pembesaran : 1 kaki / bulan




6 comments:

ArELeEz said...

kat uitm perlis pun ade gak ladang ostrich kan?

Shafa said...

uiks. yang tu fa tak tau la plak. kalau leez sendiri pernah pergi kt uitm perlis tu, ye la kot..

jiwemude said...

comey ah burung unta tuh..haha..

neway nice blog!

ive folow urs..sudi folow blik:)

Shafa said...

jiwemude : comey yer... kalau tengok dekat2 takut pun ada. takut kena patuk. heeee... thanks. nanti fa lwt blog fatini yer..

Parto Lukman said...

saya mau beli bulu burung unta bisa bagi tel number

Parto Lukman said...

hallo, saya mau beli bulu burung unta bisa bagi no telp