Pages

Monday, February 28, 2011

Restoran Saba, Cyberjaya : Arabian Foods, Nasi Arab

Semalam family datang rumah (umi kata abah rindu kat fa. cute kan my abah ;p). Jadi, beramai-ramailah makan kat Restoran Saba ni. Fa sendiri pun tak pernah cuba. Tapi asyik dengar orang kata sedap sangat maka sampailah juga ke Cyberjaya. Tak susah pun nak cari tempat ni. Masuk kanan kat trafic light pertama lepas pejabat HP dan HSBC. Kedai ni pun kat corner lot. Senang cam.

Restoran Saba, Cyberjaya

Antara menu-menu yang ada

Dan yang kami order
Chicken Hanith & Lamb Hanith (tak ambil gambar lamb sebab nasi yg sama)

Nasi dia sedap. Abah kata beras yang digunakan antara yang terbaik la. Sebutir-sebutir nasi dia, kira pandai la buat. Ayam tu stim. Memang lembut giler. Tarik2 pakai sudu je. Yang nak kurangkan karbohidrat tu better la kongsi makan berdua k. Sebab hidangan utk sepinggan (saiz regular) pun dah cukup banyak dan mengenyangkan. Sengkak perut kalau nak menghabiskan sorang. Kuah kari dalam cup tu boleh tambah sesuka hati. Dorang letak 1 bowl kat sidetable utk korang top up sendiri. Waiters dia ramai orang melayu.

Chicken Akdah (served with bread)
Roti ni sedap! Lain kali kalau datang mungkin akan lebih prefer makan roti/kebab sahaja. Roti ni tanpa minyak tau. Chicken Akdah adalah isi-isi ayam yang dimasak dengan lada benggala, cili, kentang dll. Sedap lah makan dengan roti. Tapi dorang buat termasin sikit la plak. Grrr.. Ramai sangat kot pelanggan sampai jadi cenggitu. Heeee...

Overall, makanan dia ok la juga. Sedap. Nak kata the best pun tak boleh juga sbb skrg ni restoran makanan arab makin banyak. Waktu 2006 dulu, fa pernah makan kat restoran arab area BB yang pada fa sedap gak. Decoration cantik dan kecik je kedai dia. Sampai sekarang masih teringat2 lagi bau nasi dia yang wangi tu. Hehe... Tapi memang tak ingat langsung la nama kedai tu T__T. Tapi tengok Restoran Saba ni sentiasa je orang masuk, rasanya dia dah ada regular customer tersendiri la. Boleh la maintain kat Cyberjaya ni rasanya sebab students + workers dari overseas pun ramai.

Kepada yang nak makan nasi arab yg terletak kat area Cyberjaya - Putrajaya ni, boleh lah mencuba sendiri k. Lain orang lain pendapat, lain selera. Untuk alamat dan maklumat lanjut layari lamanweb : Saba Holdings

Saba Kingdom, Yemen

11 comments:

arep_lockermonth said...

huhu...cam yummy jer!!

arepnakbebel: extremely VIP!
arepnakbebel: KAMI SANGAT COMEL! UNDI KAMI!
arepnakbebel: RESPECT HIM!

Firdaus Kasim said...

air tue sdp x? x pernah minum pun.. hehe

Shafa said...

firdaus : air tu biasa je. macam air gas cuma ada la rasa2 buah..

sissyira said...

salam


tak pernah merasa lagi makan nasi arab sbb takut..huhuhu.

norh said...

suka entry tentang makanan..entah kenapa.. :P

ZackO! said...

hi dear shafa
saba kt cyberjaya nmpknye lg sedap dr saba kt keramat
i must try one day
TQ for the info ;)

Shafa said...

sissyira : aik, makan nasi pun napa nak takut plak?
norh : fa pun suka entry pasal makanan. lg2 ada gambar. terliur kan. Heeee...
ZackO : oh, yg kat keramat tu tak tau la plak. Ni pun first time rasa yg kat cyberjaya punya..

mohd said...

da puas aku mknkt saba ni... ntah da brapa kali walopn duk shah alam tp slalu turun semata2 nak mkn grilled chicken with rice.... tp kene minta sambal lebih baru sedap... kt cyber ngn cwngn kt kl (dpn lrt setiawangsa) da byk kali sangatttt pegi... sedap... hohohoh

Shafa said...

mohd : fa pun setakat ni baru sekali je pergi kat cyberjaya nya cawangan. boleh tahan la sedap juga kat saba ni. kalau peak hour, mmg ramai orang.

Anonymous said...

Biasa je saba ni. Cuma best tengok beras dia panjang-panjang

Shafa said...

anon : mmglah. biasa jer mknn dia.. tapi berbaloi sebab mmg mengenyangkanlah..