Pages

Monday, February 7, 2011

Parking Berbayar di Putrajaya Sentral dan Park & Ride, Presint 7 Mulai 7 Februari 2011

Kepada yang bekerja di luar daripada Putrajaya sehingga setiap hari terpaksa parking kereta di ERL / Park & Ride tu, sila tabah... Mari kita baca berita terkini oleh pihak Perbadanan Putrajaya...



--------------
PUTRAJAYA
2011/02/07

Mulai hari ini, mereka yang meletak kereta (parking) di sekitar Putrajaya Sentral dan yang berbumbung di Park & Ride, Presint 7 akan dikenakan bayaran.

Kadar Bayaran Tempat Letak Kereta di Kawasan Terbuka Putrajaya Sentral (ERL)
Caj : RM1.00 setiap jam atau sebahagian daripadanya dari 08:00 pagi - 06:00 petang.
Keistimewaan : Tiada. Masih perlu membayar sekiranya ingin menaiki Bas Nadi Putra ke mana-mana destinasi.

Kadar Bayaran Tempat Letak Kereta Berbumbung di Park & Ride (Beroperasi 24 Jam)
Caj : RM2.00 untuk sekali masuk bagi tempoh 06:00 pagi - 01:00 pagi. Manakala tambahan RM5.00 bagi kenderaan yang di parking melebihi tempoh tersebut. Walaubagaimanapun, tempoh maksimum bagi meletak kenderaan di Park & Ride adalah selama 14 Hari.
Keistimewaan : Menaiki Bas Nadi Putra PERCUMA untuk ke mana-mana destinasi mengikut tempoh penggunaan tempat letak kereta.


Sumber dari : BERNAMA (2011/02/07)


Alternatif untuk Jimat Wang Daripada Terpaksa Bayar Parking ?

1. Kongsi Kereta / carpool.
3. Berjalan kaki dari rumah ke ERL/ofis.
4. Naik Bas Nadi Putra RM0.50 tu. Boleh pusing satu Putrajaya lagi.

Tak nak buat juga, terpaksa rela je la... Dalam dunia ni memang semuanya duit, duit, duit....


9 comments:

Miecyber said...

Tak majulah Putrajaya niee..

Kerajaan Malaysia perlu belajar dari Jepun bagaiman nak uruskan tempat letak kereta secara lebih efisen...

24 khasiat ais dan air sejuk

Shafa said...

ntahlah, no komen... tapi jepun mmg patot dicontohi..

Liza said...

liza effected gak ni, slalu gak park kat sini kalau malas nak drive gi kl

KUREKURE COMEL said...

duit jd tuan...huhuhu...
nsib baek duduk lepak kt taman bunga xkena bayar...kalau kena bayar...xtau la nak kate pe...huhuhu

Shafa said...

liza : kalau sekali sekala tak rasa sgt la tapi yg tiap2 hari tue terasa la sgt. nak kena masuk dlm budget bulanan la skg.
kurekure : kalau taman bunga pun kena, melampaulah. hehe..

Lazyf said...

sgt x efisyen...
tetap jgk akn jem pepagi especially kt dpn Parcel E tuh...

Shafa said...

lazyf : depan parcel e toksah kata la. jgn la terlewat 5minit pon kalau tak nasib badannnn... ada masa2 je laluan dia ok sikit tak terlalu jem. dah byk laluan alternatif kot.

asyizz said...

salam shafa,tumpang ty boleh?sy baru duk putrajaya n currently berulang naik erl ni,tgk kat parking terbuka depan stesen erl ni still rm2 per entry tp mcm pakai kad ke hape tah?sbb xde plak button nak tekan utk amik kad cm tmpt lain.erm klu yg park n ride berbumbung tu cane eh?

Shafa said...

asyizz : sorry la. yg tu fa tak tau nak jawab sbb fa tak guna pun parking erl tu.. try la call tanya perbadanan putrajaya atau pihak management di erl tu k...