Pages

Thursday, January 6, 2011

Waspada Individu Menyamar Pemeriksa Meter TNB Untuk Menyamun


Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan pihak yang menyamar sebagai pemeriksa meter syarikat utiliti negara berkenaan, berikutan terdapat laporan kes samun yang dilakukan pihak yang menyamar.

Cara mengenal pasti Pemeriksa Meter TNB yang sebenar. Menurut TNB;

1. Pemeriksa Meter TNB boleh dikenal pasti melalui pakaian yang dipakai mereka & Kad Kuasa yang mereka miliki.

2. Anggota kerja TNB yang menjalankan tugas di premis pengguna diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat.

[Baju T merah berlogo TNB + Jaket Biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah + mempunyai Nama anggota kerja tersebut.

3. Angota kerja TNB yang perlu memeriksa meter hanya akan masuk ke halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kuasa.

[Kad kuasa itu adalah kad pengenalan diri pekerja TNB yang memaparkan gambar anggota kerja beserta nombor kad pengenalan dan nombor pekerja berkenaan]

4. Pemeriksaan oleh anggota TNB hanya dapat dibuat setakat meter di luar premis dan mereka tidak dibenarkan membuat sebarang pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa petugas syarikat berkenaan (TNB).



sumber : Berita Harian

2 comments:

azzey said...

Shafa: tq atas info ni ye. sama2 kita supaya lebih berhati2.

Shafa said...

azzey : same same... yelah, sekarang ni mcm2 kes. tak boleh mudah percaya pd semua org dah..