Pages

Friday, January 7, 2011

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Yang Baru : Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Menggantikan Y.M. Engku Tan Sri Datuk Sri Ibrahim bin Engku Ngah Yang Bersara.



YM. Engku Tan Sri Datuk Sri Ibrahim bin Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Aidilfitri dan Aidiladha telah pun bersara pada hari ini, 7 Januari 2011.

 
~ Siapa tak kenal YM. Engku, baik lempang muka sendiri laju-laju yer. ERm... pasni akan merindui la pengumuman Hari Raya oleh Engku macam selalu... Huk huk.. yelah, tiap-tiap tahun tunggu lah depan Tv. ^_^



Sedikit Biodata Y.M. Engku Tan Sri Datuk Sri Ibrahim Engku Ngah : 
-  Telah berumur 79 tahun.
-  Telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lalu.
-  Bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu.
-  Juga berperanan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.
-  Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.
-  Pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada April 1987.
-  Merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang paling lama menyandang jawatan tersebut.

[ Sumber berita di sini. ]



Makanya, Datuk Syed Danial Syed Ahmad telah dilantik sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang baru. Tarikh berkuatkuasa adalah 10hb Januari 2011.

~ mesti ramai tertanya bagaimanakah rupa paras beliau kan. Huhu... fa pun tak tau. Nanti kalau ada fa update eh...


[ Sumber Berita : di sini dan di sinun ]






4 comments:

Dr Love said...

lama dia berkhidmat. xde dia, xde seri. kui3. BE ke-2 datang menjengah.. uhuk2.suke2

Shafa said...

dr.love : takpe, kita tunggu orang baru buat pengumuman waktu nak raya nanti..

E.d.Y said...

dah tgk muka Datuk Syed Danial Syed Ahmad kat google...tunggu la macam mana dia cara dia umumkan raya/puasa kat tv lak

Shafa said...

E.d.Y : kat google ada eh. nak tengok, nak tengok... huhu~