Pages

Sunday, January 2, 2011

Majlis Perkahwinan Waktu Malam : Tema Pink Grey Purple : 1.11.11


Tarikh yang cantik. 1.1.11. Ramailah yang mengabadikan hari tersebut dengan mengadakan majlis perkahwinan. Malam tadi penuhi jemputan sepupu untuk kenduri kahwin adik iparnya di Kelana Jaya, PJ. Majlis start 8:00 - 10:00. Nasib baik tak sesat. Yelah, malam2 mata ni tak seterang waktu siang. Dah masuk area taman tu baru perasan itu jalan ke rumah sewa waktu bujang dahulu. Heeee...

Kenduri yang menarik. Berlangsung pada waktu malam. Jarang orang nak wat majlis waktu malam melainkan di dewan. Tapi malam ni kat rumah sahaja. Besar juga majlisnya. Waktu perarakan pengantin, mereka tembak bunga api sambil diiringi paluan kompang ala-ala rock sikit sebab ada gendang. Hehe... Diserikan lagi dengan persembahan silat. Pelamin, busana, makeup dan dandanan rambut yang simple, cantik, moden. Semuanya nampak simple. Kadang-kadang waktu kahwinlah mak andam akan make up tebal2. Untuk nampak cantik dalam gambar. Tapi pengantin tadi bila tengok dekat2 still nampak cantik walaupun melat tak setebal macam pengantin lain. Sweet!

Tapi paling menarik adalah khemah. Menggunakan khemah arabian lutsinar. Fyi, khemah lutsinar memang adalah sesuai digunakan untuk majlis waktu malam. Sebab cantik dan nampak langit. Itupun kalau tak hujan lah. Memang cantik. Tambah lagi kat majlis tadi idea yang dicurahkan adalah oleh pengantin sendiri dan keluarga (sempat fa interbiu keluarga pengantin tau ^_^). Lihat je gambar di bawah ok... Kepada yang berhajat nak mengadakan majlis di waktu malam, boleh lah dapatkan sikit2 idea dan gambaran bagaimana rupanya majlis perkahwinan kalau kita buat di waktu malam...

Khemah asal adalah kosong tapi kita boleh indahkan lagi dengan penambahan lampu kelip-kelip yang dipasang di sepanjang 4 tiang tu. Dan ditengah-tengah diletakkan lampu. sekelilingnya digantungkan bunga menggunakan dawai/tali halus.

Tada... Ini lah hasilnya.

Cantik kan? Tema adalah : Light Pink & Light Grey.

Bunga telur - Pink & Silver Rama-rama.

Cupcakes dan Kek Lapis Sarawak sebagai pencuci mulut. Menu lain biasalah Nasi minyak, Ayam Masak Merah, Dalca dan Rendang Daging. Air Sirap, Buah Limau, Tapai.

Hiasan meja makan. Lilitkan kain baldu dikeliling gelas dan pinkan.

Tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan sentiasa di bawah lindungan-Nya.


8 comments:

norh said...

cantiklah awak majlis ni..semua benda nampak sweet ja..

Shafa said...

norh : itulah. Sweet. Ala-ala garden wedding je rasa malam tadi..

Dhiya said...

Hye shafa,

blog walking, then jumpe ur blog. Ni wedding kira sedara u jugak kan? Boleh tak tolong tanyekan, dia amik canopy ni dgn siapa? coz I was looking everywhere, susah nak jumpe...kalau dpt email ka Dhiya boleh? dhiya84@yahoo.com

Thanks shafa

Shafa said...

dhiya : ok. nanti fa usahakan tanya sepupu tu k mana dia amik canopy ni. tapi ni wedding kat area pj tau...

Shafa said...

dhiya : ni contact number untuk orang khemah tu,

RASS DECO EVENT
012-2219332

Shafa said...

opps, info tambahan. fa dah jumpa blog dorang ^_^

http://rassweddings.blogspot.com/

UNA budak BAEQ said...

memang cantik gilaaaaaa . buat waktu malam plak tuh . sejuk .

eh eh pinjam gambar wedding card tu eh .

Shafa said...

UNA : wat kenduri malam best sebab sejuk tapi gambar je la tak syiok. gelap... kad tu eh? ok...