Pages

Friday, December 31, 2010

31 Disember 2010 : Majikan Swasta Diminta Bayar Cuti Bergaji

Sempena Kemenangan Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2010 kelmarin, hari ini 31 Disember 2010 telah diisytiharkan oleh PM sebagai Cuti Umum. Kalau kakitangan awam tidaklah menjadi masalah... Semuanya bercuti melainkan ada kerja segera/penting. Itu pun dah dikira kerja lebih masa. Tapi kepada pekerja-pekerja dalam sektor swasta, pastikan majikan anda tetap membayar cuti bergaji. Bukan cuti tanpa gaji ok... Di bawah adalah petikan dari surat khabar tempatan...


" Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, majikan hendaklah memberi cuti kelepasan am sebagai cuti wajib tambahan kepada pekerjanya sebagaimana seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 60D(1)(b) Akta Pekerjaan 1955.

"Namun jika majikan masih memerlukan pekerja untuk bekerja pada hari tersebut atas keperluan operasi maka pekerja berkenaan hendaklah dibayar gaji mengikut peruntukan Akta Pekerjaan 1955," katanya.

Tambah Subramaniam, jika majikan gagal memberi cuti umum atau membayar mengikut kadar cuti umum, para pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.

"Majikan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah," katanya.

- sumber : Utusan







Movie Akan Datang 2011 l The Most Anticipated Movies of 2011 l Upcoming Movies of 2011 l Movie Yang Dinanti-nanti 2011

Tajuk entry melampau sepenuh-penuhnya. Heeeee... jangan marah aaaaa...

Berikut adalah senarai movie-movie yang paling ditunggu-tunggu dan bakal ditayangkan di pawagam pada tahun 2011 (berdasarkan pendapat di US la. Tapi fa pun tunggu gaks movie2 ni keluar) Box Office atau tidak, kita sama2 tengok nanti… Macam biasa nanti fa akan buat reviews. Hopefully tahun 2011 nanti akan pilih movie yang terbaik sahaja lah untuk tengok supaya tak bazir bayar duit tiket ;p)


Black Swan (antara movie yang mendapat rating tinggi di US iaitu 8.8/10. Tingin la nak tengok sebab ada Natalie Portman yg shantek...)
Release : February 2011
Genre : Drama/Thriller
Actors : Natalie Portman, Mila Kunis, Vincent Cassel, Winona Ryder, Barbara Hershey, Sebastian Stan, Kristina Anapau

Drive Angry
Release : February 2011
Genre : Action/Thriller
Starring : Nicholas Cage, Amber Heard

Rango
Release : March 2011
Genre : Animation/Adventure/Family
Voice by : Johnny Depp, Isla Fisher, Abigail Breslin, Bill Nighy, Stephen Root, Ray Winstone, Beth Grant, Ned Beatty, Harry Dean Stanton, Alfred Molina

Battle : Los Angeles
Release : March 2011
Genre : Science-Fiction
Starring : Aaron Eckhart, Michelle Rodriguez, Michael Pena, Bridget Moynahan

The Adjustment Bureau
Release : March 2011
Genre : Romance/Thriller
Starring : Matt Damon, Emily Blunt

Gnomeo and Juliet
Release : March 2011
Genre : Animation/Family/Fantasy
Voice by : Emily Blunt, James McAvoy

Sucker Punch
Release : March 2011
Genre : Action/Drama/Fantasy
Starring : Emily Browning, Vanessa Hudgens, Abbie Cornish, Jamie Chung, Jena Malone, Carla Gugino, Jon Hamm, Oscar Isaac, Scott Glenn

Red Riding Hood
Release : April 2011
Genre : Drama/Thriller
Starring : Amanda Seyfried, Lukas Haas, Gary Oldman

Fast & Furious 5 aka Fast 5
Release : April 2011
Genre : Action/Thriller
Starring : Vin Diesel, Paul Walker, Jordana Brewster, Chris “Ludacris” Bridges, Tyrese Gibson, Sung Kang, Gal Gadot, Matt Schulze, Tego Calderon, Don Omar, Elsa Pataky, Joaquim de Almeida, Dwayne Johnson

The Thing
Release : April 2011
Genre : Thriller
Starring : Mary Elizabeth Winstead, Joel Edgerton, Eric Christian Olsen

Marvel's Thor
Release : May 2011
Genre : Action/Adventure/Science-Fiction
Starring : Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Jessica Biel, Natalie Portman

Pirates of the Caribbean 4 : On Stranger Tides
Release : May 2011
Genre : Action/Adventure/Comedy/Fantasy
Starring : Johnny Depp, Penelope Cruz, Ian McShane, Kevin R. McNally, Astrid Berges-Frisbey, Sam Claflin, Geoffrey Rush

Cars 2
Release : June 2011
Genre : Animation/Comedy
Voice by : Owen Wilson, Michael Keaton, Michael Caine

The Green Lantern
Release : June 2011
Genre : Action/Adventure/Science-Fiction
Starring : Ryan Reynolds, Blake Lively, Peter Sarsgaard, Mark Strong, Angela Bassett, Tim Robbins, Temuera Morrison, Jay O. Sanders, Taika Waititi, Jon Tenney

Transformers 3 : Dark of The Moon
Release : July 2011
Genre : Science-Fiction/Action/Adventure
Starring : Shia LaBeouf, Rosie Huntington-Whiteley, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Kevin Dunn, Julie White, Frances McDormand, John Malkovich, Ken Jeong, Patrick Dempsey, Alan Tudyk, John Turturro

Harry Potter and the Deathly Hallows : Part 2
Release : July 2011
Genre : Adventure/Drama/Fantasy
Starring : Kelly Macdonald, Rupert Grint, Emma Watson, Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Warwick Davis, Tom Felton, Ralph Fiennes, Michael Gambon, Jason Isaacs, Alan Rickman, David Thewlis, Julie Walters, Bonnie Wright, Kelly MacDonald

Captain America : The First Avenger
Release : July 2011
Genre : Action/Adventure/Science-Fiction
Starring : Chris Evans, Hugo Weaving

Cowboys and Aliens
Release : July 2011
Genre : Science-Fiction/Western/Action
Starring : Daniel Craig, Harrison Ford, Olivia Wilde, Sam Rockwell, Adam Beach, Paul Dano, Noah Ringer, Keith Carradine, Clancy Brown, Ana de la Reguera, Abigail Spencer

The Smurfs
Release : August 2011
Genre : Animation/Fantasy/Family
Voice by : Kate Perry, Hank Azaria, Jonathan Winters

Twilight Saga 4 : The Breaking Dawn Part 1
Release : November 2011
Genre : Fantasy/Romance/Thriller
Starring : Kristen Stewart, Robert Pattinson, Taylor Lautner

Mission Impossible 4 : Ghost Protocol
Release : December 2011
Starring: Tom Cruise, Jeremy Renner, Ving Rhames, Simon Pegg, Josh Holloway

Sherlock Holmes 2
Release : December 2011
Starring : Robert Downey Jr, Jude Law, Noomi Rapace, Jared Harris

The Muppets
Release : December 2011
Genre : Comedy, Family
Cast : Jason Segel, Charles Grodin, Rachael Ray, Bill Barretta, Amy Adams, Rashida Jones, Chris Cooper


Dan movie-movie yang lain sepanjang 2011 (Not the most anticipated tetapi siapa tahu mungkin ada antara yang dalam list di bawah ni lebih menarik dari list yang kat atas.. o_O)

Yogi Bear
Release : February 2011

127 Hours
Release :  February 2011 

Hall Pass
Release : February 2011

Sanctum
Release : February 2011

Rio
Release : April 2011

Scream 4 
Release : April 2011

Kung Fu Panda 2 : The Kaboom of Doom
Release : May 2011

X Men : First Class 
Release : June 2011

The Final Destination 5 
Release : August 2011

Puss in Boots
Release : November 2011


source : GSC & IMDb 



p/s : Hari ni cuti free PM bagi. Seronok nyer... Korang plan watpe eh... Ada yang balik kampung ke? Berhati-hati di jalan raya tau!


Wednesday, December 29, 2010

Best Movies 2010 l Movie Terbaik 2010


Beberapa hari lagi, kita akan melangkah ke tahun baru, 2011. Sepanjang setahun ni macam-macam dah dilalui. Ada yang seronok, ada yang kurang seronok. Dan diharapkan Tahun 2011 nanti akan lebih baik dari 2010... Amin...

Okeh, kalau nak dikirakan sepanjang 2010 ni dah beratus movies yang ditayangkan di pawagam. Dan mengikut 'The Internet Movie Database (IMDB)', berikut adalah movie-movie yang terbaik bagi tahun 2010 (berdasarkan bintang & vote dari registered users). Ada yang fa dah tengok, ada juga yang tak berkesempatan untuk tengok. Apapun, masing-masing ada pendapat sendiri kan tentang kedudukan berikut samada memang layak diberi gelaran movie terbaik atau tidak... Betul tak? Tapi tak sangka Inception ramai gak yang suka. Menarik ke? Nak kena tengok la ni...


 
1.  Inception = 9/10
2.  Toy Story 3 = 8.8/10
3.  Rapunzel : A Tangled Tale = 8.2/10
4.  The Social Network = 8.2/10
5.  How To Train Your Dragon = 8.2 / 10
6.  Kick-Ass = 8.1/10
7.  Shutter Island = 8/10
9.  Despicable Me = 7.6/10
10.  Tron : Legacy = 7.5/10
11.  Megamind = 7.3/10
12.  The Losers = 7.3/10
13.  Iron Man 2 = 7.2/10
14.  RED = 7.2/10
15.  The A Team = 7.1/10
16.  Unstoppable = 7.1/10
17.  Legend of the Guardians : The Owls of Ga'hoole = 7.1/10
18.  Due Date = 7/10
19.  The Book of Eli = 6.9/10
20.  Robin Hood = 6.9/10
21.  The Expendables = 6.8/10
22.  The Chronicles of Narnia : The Voyage of The Dawn Trader = 6.7/10
23.  The Other Guys = 6.7/10
24.  Alice in Wonderland = 6.7/10
26.  Prince of Persia : The Sands of Time = 6.7/10
27.  Fair Game = 6.6/10
28.  Date Night = 6.5/10
29.  Salt = 6.5/10
30.  Knight and Day = 6.4/10
31.  Piranha = 6.3/10
32.  The Sorcerer's Apprentice = 6.3/10
33.  Repo Men = 6.3/10
34.  The Karate Kid = 6.2/10
35.  Dinner for Schmucks = 6.2/10
36.  Resident Evil : Afterlife = 6/10
37.  Clash of The Titans = 5.9/10
38.  Percy Jackson & The Olympians : The Lightning Thief = 5.8/10
39.  Takers = 5.5/10
40.  You Again = 5.3/10
41.  Little Fockers = 5.3/10
42.  Gulliver's Travels = 5.1/10
43.  Eclipse = 4.8/10


Tuesday, December 28, 2010

PTPTN : Peminjam Wajib Daftar LHDN Mulai 1 Januari 2011



2010/12/28
KUALA LUMPUR

Bagi menangani masalah hutang tertunggak, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula sesi kemasukan akan datang diwajibkan berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mulai 1 Januari ini.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Hasmah Abdullah, berkata langkah itu bertujuan memudahkan LHDN yang bakal mengambil alih tugas mengutip bayaran balik pinjaman menerusi sistem cukai potongan cukai bulanan (PCB) mulai 1 Januari 2012.

Beliau berkata, untuk itu LHDN dengan kerjasama PTPTN bakal membangunkan aplikasi e-PTPTN menerusi Sistem Perakaunan Hasil Elektronik (eRAS) bagi memudahkan peminjam menjelaskan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada agensi berkenaan.

Katanya, ketika ini LHDN dan PTPTN sedang menyelaraskan perundangan untuk membolehkan LHDN mempunyai kuasa untuk mengutip dan mengambil tindakan terhadap pihak ingkar, sekali gus membangunkan aplikasi e-PTPTN.

Sehingga kini, katanya kira-kira 40,000 peminjam secara sukarela membayar balik pinjaman menerusi LHDN membabitkan kutipan sebanyak RM7 juta sebulan.

“Diharapkan aspek perundangan dapat dikemaskini menjelang pertengahan tahun depan dan untuk itu pindaan dua akta iaitu Akta Cukai Pendapatan dan Akta PTPTN akan dibentangkan di Parlimen Jun 2011, sekali gus membolehkan bayaran balik pinjaman dibuat menerusi PCB dikuatkuasa mulai 1 Januari 2012,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup eRAS LHDN di Muzium Kesenian Islam Malaysia, semalam.

Sumber : Berita Harian

Monday, December 27, 2010

PTPTN : LHDN Jangka Laksana Skim Potongan Gaji Mulai 2012


Baru je kuar semalam citer tentang Tak Boleh ke Luar Negara Jika Tak Bayar Hutang. Hari ni lain plak beritanya. Nampaknya PTPTN dah nak mula ambil tindakan lebih tegas terhadap peminjam-peminjam tabung pembiayaan PTPTN. Sekarang ni memang lah boleh jer kalau nak bayar hutang pinjaman PTPTN secara potongan gaji tapi dgn jumlah yang telah ditetapkanlah. Tapi tak taulah tentang perancangan terbaru PTPTN dan LHDN ni. Samada bayaran hutang melalui potongan gaji akan diwajibkan ke atas semua peminjam. Apapun perkara ni belum final lagi lah. Tunggu je la...


KUALA LUMPUR
(27/12/2010)
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka dapat melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari, 2012. Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat draf undang-undang, sistem dan operasi dengan PTPTN bagi membolehkannya mengutip pinjaman dengan lebih berkesan.

"Draf yang sedang dikemas kini akan dibawa ke Parlimen selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun depan,” katanya pada majlis penutupan Projek Sistem Perakaunan Hasil Berelektronik (eRAS) LHDN di sini hari ini. Hasmah berkata, undang-undang ini penting bagi membolehkan LHDN mengambil tindakan sekiranya peminjam tidak membuat bayaran.

Buat masa ini, katanya peminjam masih boleh terus membuat bayaran secara sukarela di LHDN kerana pihaknya adalah salah satu daripada saluran untuk membayar balik pinjaman. – Bernama

sumber : Berita Harian



PTPTN : Bayar Hutang Dahulu Jika Ingin Ke Luar Negara

SYARAT baru PTPTN tidak membenarkan peminjam disenarai hitam keluar negara kecuali menjelaskan sebahagian hutang.


KUALA LUMPUR – Bayar RM2,000 atau RM3,000 dahulu jika peminjam yang disenarai hitam oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ingin ke luar negara.Itu syarat baru yang ditetapkan oleh PTPTN kepada semua peminjam yang disenarai hitam bagi membolehkan peminjam terbabit ke luar negara tetapi untuk satu perjalanan sahaja.

Kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said, pihaknya hanya membenarkan peminjam membersihkan namanya daripada disenarai hitam untuk ke luar negara bagi urusan rasmi sahaja. “Contohnya untuk tujuan perubatan dan melanjutkan pelajaran, dan segala pelepasan itu mestilah disertakan dengan bukti keperluannya untuk ke luar negara,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau menambah, jika sebelum ini peminjam yang disenarai hitam hanya membayar ansuran sekurang-kurangnya RM50, tetapi apabila ingin ke luar negara, sejumlah wang itu perlu dijelaskan dahulu.

sumber : KOSMO



Fa sokong PTPTN ambil langkah begini. Cuba tengok eh. Apa kes plak ada orang (segelintir la yer...) yang tak nak bayar hutang pinjaman PTPTN tapi mampu nak pergi ke luar negara. Ada plak duit. Betul tak? Hutang tak mau bayar tapi boleh bersiar-siar ke luar Malaysia. Kalau nak kata pejabat hantar (selalunya lah yer), yang dihantar tu mesti ada pangkat (at least eksekutif/penolong pegawai). Kalau kerja-kerja biasa bawahan ni takde nya dihantar ke luar negara.

Ada kes, yang dah grad dengan level PHD pun tak mau bayar hutang PTPTN / pinjaman lain lah macam MARA dsbnya. Macam mana nie... Kesian kat nasib anak-anak kita plak nanti. Kena pikir la sikit untuk jangka masa panjang... Fa bukan cakap kosong macam tak boleh faham keadaan orang yang tak nak bayar tu. Fa sendiri pun ada PTPTN. Kalau tahun-tahun pertama/kedua lepas grad nak kata tak mampu bayar, ok fine. Mungkin dalam proses nak cari kerja. Tapi kalau dah dapat kerja, mesti kena bayar. Kena disiplinkan diri bila dapat jer gaji, terus transfer / bayar ke PTPTN... Itu salah satu cara terbaik untuk uruskan kewangan peribadi masing-masing. Dapat je gaji, terus lunaskan hutang-hutang/bil-bil/asingkan sedikit RM untuk tabungan dan simpanan. Ada balance baru belanja okay...

Lagi-lagi sekarang ni PTPTN dah ada penawaran Ujrah. Interest yang kita duk bayar 3% tu akan dikurangkan kepada 1%. InsyaAllah, makin kurang lah hutang pelajaran kita tu nanti... Kita hidup ni, kalau takde perkataan hutang baru rasa lega, ringan dan selesa hidup. Nak mati pun tak risaukan hal dunia yang tak settle ni.. Pada yang nak semak samada nama termasuk dalam Senarai Hitam PTPTN, boleh klik sini.



Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.
Diambil dari website PTPTN 
(sebagai ingatan semua disamping peringatan untuk diri fa sendiri)

Makan-makan @ Sweet Chat Cafe & Bowling @ The Mines Bowl

Aktiviti semalam hanya main bowling dan makan-makan untuk menambahkan lemak badan jer... Tu pun The Mines agak sesak sebab ada Electronics Expo kat MIECC. Tak pasal-pasal kena parking kat luar sebab parking dalam ditutup. RM5.00 per entry plak tue... Tapi elok-elok je kami lintas jalan nak masuk The Mines, tengok dorang dah buka balik laluan parking kat dalam tu. Adeh!

Okay, ini adalah rates untuk main bowling kat The Mines Bowl. Selalu kami nak main bowling pun lepak sini je la. Lagi-lagi ada membership card. Sampai lewat atau time lane dah full pun tak payah risau. Sebab diberi priority untuk potong barisan orang lain. Kejap je dapat lane. hehehe... Lepas tu, g polish bola bowling mr. husband. Admire la semua bola-bola bowling yang ada kat kedai Pro Shop tu... Huhu. Tingin gak nak beli untuk diri sendiri. Memang la main tak terror sangat tapi mr. husband kata "kalau betul2 berminat dengan aktiviti ni, beli je set bowling dan kasut sendiri. Beli yg paling murah dulu... Itu akan jadi satu pencetus semangat". Betul juga... Sekarang ni fa nak belajar main bola hook. Sebab mr. husband dah main bola straight. Beza sikit baru best. ^_^/

Sebelum bowling, makan dulu kat Sweet Chat Cafe. Tak tau nak makan apa sebenarnya. Mr. husband ajak try menu baru. Boleh tambah cop, nanti dapat pencuci mulut free.. Dulu first time makan kat sana, memang sedap lah. Terutamanya, pizza dia. Peminat Mushroom mesti cuba! Okeh, ni menu baru first time try semalam.

Nasi Kunyit with Curry Chicken. 
Rasa macam makan pulut kuning (tapi tak terlalu melekit macam pulut biasa tu) dengan kari ayam. Sedap juga. Pedas-pedas sikit jer tapi tak over la. Menu pilihan mr. husband sebab dia suka makan nasi pulut.

Lemon Twist
Air lemon + nata dicoco tu. Masam. Yelah, nama pun lemon twist kan.

Ayam Masak Merah. Set with Sparkling Roselle.
(Nasi Tomato, Kerabu Kacang Panjang, Ayam Masak Merah) - sangat sedap terutama kerabu kacang panjang tu.

Sparkling Roselle.
Rasa pelik sikit. Campuran Roselle & Lemon. Tak berapa best la sebab masam. Tapi cantik.

Soy Bean Jelly with Strawberry
Mr. husband kata sedap. Tapi akan lebih sedap kalau sos strawberry tu ditambah lagi. Fa tak makan pun sebab tak berapa minat jelly...


Selesai semuanya terus balik kampung. Tengok abah umi sibuk uruskan rumah dan sibuk juga nak shopping baju sekolah adik-adik. Erm... lagi 2 orang je tinggal. Cepat-cepat lah korang berdua ni tamat sekolah yer... Pastu, masuk University plak. Takmo malas-malas... Sebelum balik Putrajaya, sempat juga fa jumpa member lama dulu. Borak-borak jap sambil kacau anak kecik dia yang keletah tu... (^__^). Dia kata yang ada Degree pun pening kepala nak apply kerja. Competitors terlalu ramai. Tapi kalau tak berkelulusan (at least Diploma) pun lagi payah katanya. Makin lama negara makin maju. Kalau tak seiringkan tahap pendidikan kita dengan kemajuan negara, memang tertinggal ke belakang la nanti. Setakat nak dapat kerja memang boleh tapi kerjaya? Pada fa, kerja dan kerjaya adalah berbeza... 

Tu la fa suka nak nasihat kat adik-adik fa. Kalau boleh, lepas SPM kalau takde matlamat nak kerja / malas nak kerja / takde feel lagi nak kerja, pergilah sambung belajar. Jangan duk kata "nanti lah dulu, nak ambil pengalaman kerja sebelum sambung belajar". Ah, toksah la. Makin membuang masa. Kalau betul2 buat takpe... Kalau tak buat, nanti samada terus malas nak belajar atau terus rasa seronok dapat pegang duit. Rasa macam 1k tu banyak tapi tak sebenarnya... Kalau ada angan-angan nak pakai kereta buatan luar, beli rumah besar atau kehidupan mewah baiklah mantapkan Resume masing-masing iaitu dengan belajar. At least kalau ada pendidikan yang tinggi, bolehlah dapatkan kerjaya yang lebih baik....

~ Fa doakan yang terbaik untuk adik-adik dan sekeluarga ~


Saturday, December 25, 2010

Gulliver's Travels 2010 : Movie Synopsis, Review, Information, Posters


Malam tadi mr. husband ajak kuar dating. Jadi, tengok wayang lah apa lagi. Ingatkan tak sempat nak pergi sebab macam-macam hal plak jadi kat neoneo. Terpaksa masuk bengkel dari pagi sampai nak maghrib... Lepas makan kat Black Canyon, dengan menu yang sama seperti sebelum ni, terburu-buru lah pergi GSC. Fyi, Alamanda sekarang ni dah ada 3D... Jadi, tak payah susah-susah nak ke TGV Cheras Selatan semata nak tengok 3D. Kat Putrajaya pun dah ada... Tapi belum try lagi la... Ok, malam tadi dalam dilema nak tengok Gulliver's Travel atau The Little Fockers. Akhirnya... movie ni la kami g tengok...

***Spoiler Alert***

Movie : Gulliver's Travels
Starring : Jack Black (Lemuel Gulliver), Jason Segel (Horatio), Emily Blunt (Princess Mary), Billy Connolly (King Theordore), Amanda Peet (Darsy Silverman)
Director : Rob Letterman
Distributor : Fox
Genre : Family-Comedy, Fantasy, 3D, Adventure, Action
Runtime : 85 minutes
Synopsis :
Movie ini adalah berdasarkan daripada novel klasik karangan Jonathan Swift. Ianya menceritakan tentang Lemuel Gulliver adalah seorang mailman/pekerja di bilik surat di sebuah syarikat surat khabar di New York. Selama 10 tahun itu lah kerjanya. Boleh dikatakan, tak ada sebarang peningkatan apa-apa pun. Orang yang baru masuk kerja sehari pun boleh dinaikkan pangkat tapi dia macam itu gak. Gulliver meminati Darsy, Travel Editor di tempat kerjanya itu. Tapi tak berani nak meluahkan perasaan yang telah terpendam selama hampir 5 tahun tu.

Satu malam apabila hanya tinggal Darsy menyelesaikan kerja-kerja di biliknya, Gulliver masuk (ingat nak meluahkan tapi nervous). Gulliver buat2la cerita kata dia dah pernah melancong ke banyak tempat ~ Mexico, Congo, Africa, bla bla bla... Nampak tertarik maka Darsy sebagai Editor telah mencadangkan Gulliver untuk membuat articles berdasarkan pengalaman-pengalaman tersebut. Walaupun teragak-agak tetapi Gulliver terima. Walhal semua cerita tadi tu dia tipu je. Pening memikirkan apa nak ditulis akhirnya yang dia buat adalah copy paste articles dari website Time Out dan submit kepada Darsy keesokan harinya. Nama pun copy paste. Bila baca tentulah nampak cam hebat je penulisan Gulliver ni. Tak sangka seorang mailman boleh menulis article perlancongan dengan baik. Jadi, Darsy arahkan Gulliver untuk membuat liputan tentang Bermuda Triangle (Segitiga Bermuda yang selalu menghilangkan orang tue...)

Maka, bertolaklah Gulliver ke Bermuda. Sampai di sana, Gulliver perlu memandu boat sendiri untuk ke Bermuda Triangle. Arah telah di set kan, hanya perlu ikut sahaja pandu arah di screen. Dengan tak bawa bekalan makanan yang banyak dan akibat keletihan, dia tertidur sambil baca majalah games. Bila masuk je kawasan Bermuda Triangle, segala signal dan arah pandu terpadam, termasuk hp. Yang ada dihadapannya adalah ombak dan air pusaran seperti puting beliung yang sangat besar lantas menarik dia dan boatnya sekali. Akhirnya Gulliver terdampar di sebuah pulau yang mana penduduknya adalah orang yang sangat kecil tetapi hebat dan maju dalam pembinaan. Pulau itu dinamakan Liliput.

Asalnya, Gulliver dipanggil Beast dan dianggap spy kepada Blefuscu. Tetapi Gulliver berjaya mendapat kepercayaan daripada King Theordore apabila berjaya berlawan dengan angkatan tentera Blefuscu. Kemudiannya Gulliver telah diberikan title General perang (yang hanya tahu berhibur dan bukannya melatih tenteranya) dan seterusnya menjadikan Liliput sebuah pulau yang moden seperti sebuah bandaraya dan seperti mana yang dia idam-idamkan. Liliputians begitu mengagumi dan mengagungkan Gulliver sebagai seorang hero. Walaupun sebenarnya dia terpaksa mereka cerita termasuklah menjadikan cerita Titanic sebagai kisah hidup dia (*bengong) semata nak nampak hebat di hadapan Liliputians sebab back in New York dia bukanlah sesiapa...

Itu sahaja sedikit sinopsis. Nak elaborate part by part memang panjang. Movie ni untuk seronok-seronok je tengok. Cuba teka apa orang bersaiz besar buat apabila istana orang kecil terbakar dengan raja yg masih terperangkap di dalamnya. Mana nak dapat air yang banyak dan cepat? Jawapannya, peeing/kencing. Euwwww.... part tu kelakar. Tapi dun worry, tak lucah dan takde nak dicensored pun... Pastu, ada lawan-lawan dengan robot. Jangan memain, Liliputians ni walaupun kecik tapi bijak. Buat robot macam transformers tu kejap je. Banyak benda-benda yang tak logik la. Ada lagi part di mana Gulliver dipaksa pakai gaun perempuan, minum susu botol, main masak-masak dalam rumah anak patung. Dahlah perkataan Avatar dia tukar jadi Gavatar, ipod jadi Gpod. Adeh, gila la Gulliver dalam movie nie.. 

Rating : 5.5/10 stars. Entertaining. Tapi more on entertaining the kids la. Movie ni cuma spoilt je sikit tang ending sebab boleh ada nyanyi-nyanyi plak. Which is plot tu tak sepatutnya macam tu.. Dengan menyanyi je dua raja tak jadi berperang. aiyak! Tapi takpelah, movie pun budget2 mcm untuk bagi kanak-kanak mudah faham. Not bad la.. Cuma tak payah tengok 3D. 3D mahal sampai RM17 per ticket, nanti rasa tak berbaloi plak. Tengok 2D je cukup okeh...

Keseluruhannya Gulliver's Travels adalah movie yang ringan, mudah difahami dan tak beratkan kepala... Just relax dan enjoy. Tapi kalau nak tengok movie yang sedikit berat dan perlukan tumpuan lebih, bolehlah tengok Tron. Kononnnya movie yang dinanti-nantikan dan dijangkakan akan hit untuk year 2010. Maybe next time la kot kalau fa nak tengok pon... Or... maybe not. Tak tau kenapa tapi takde rasa excited sgt pon nak tengok Tron. Erm... ^__^






Friday, December 24, 2010

AgroBazaar Putrajaya : 22 Hingga 26 Disember 2010 l Jualan Buahan Tempatan, Anak Benih Pokok, Produk Herba dan Kesihatan, Persembahan Tradisional


Bermula dari 22hb sehingga 26hb Disember 2010, di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya akan mengadakan AgroBazaar. Macam biasalah... Ada jualan anak-anak benih pokok, produk herba dan kesihatan, kain corak batik, buah-buahan. Ada juga Arnab yang mana orang kampung panggil Rabbit.

Jika rujuk kepada banner tu, AgroBazaar diadakan Setiap Bulan Minggu Terakhir (Rabu Hingga Jumaat) bermula dari 10:00 pagi - 10:00 malam...

Aktiviti untuk minggu ini :
24hb (Jumaat / malam ini) dari 8:30 malam - 10:30 malam = Persembahan Muzik Tradisional.
25hb (Sabtu) dari 8:30 malam - 10:30 malam = Persembahan Pentas Live Band Warisan.
Tengok tadi pentas dia di kawasan ruang makan. So, sambil menikmati makanan bolehla berhibur sekali... Menu yang sedap kat Taman Warisan adalah gerai Nasi Ayam Kampung, Roti John, gerai Cendol Pulut... Tu je gerai segera. Yang len masakan panas, kena la sabar menanti sikit lagi-lagi kalau time ramai orang..

Cili Hidup yang gemuk-gemuk. Baka tak macam jual kat pasar tu. Satu pokok ni dalam RM45 lebih kurang. Bergantung kepada saiz. Lebat betul berbuah sampai terpaksa ikat pada kayu la dahan-dahan dia sebab dah berat. Tak silap nama baka dia Cili Kulai. Ada nombor-nombor la. Tak ingat plak abg tu bgtau tadi. aiyak!

Ada pelbagai jualan lain lagi. Kalau tak silap, pokok bonzai kecik-kecik tu pun ada. Dan penjualnya memang selalu sangat join memana event. Kat MAHA hari tu pun dia ada rasanya. Bagus-bagus... Selalu bonzai ni nampak je kecik, trim cantik2, tapi selalunya pokok tu dah berusia hampir 5 tahun. At least. Tu yang boleh dijual sampai beratus untuk pokok kecik. Tapi tentulah bonzai yang di trim cantik, dan akar yang elok dan dibentuk cantik...

hemo hemo hemo! Cute la semua rabbit nie... Rasa nak gigit je. Harga plak reasonable la. RM30.00 ada, RM45 pun ada... Abg tu kata nak tengok2, pegang2 boleh asal tak kena gigit sudah. Heeee... tapi rabbit ni semua nampak so innocent, macam stok budak2 baik... i want one lorrr...

Tapi setiap kali gi AgroBazaar, setiap kali tu tak beli pun rabbit. Teragak-agak nak beli ke tak... Maintainance tak teruk kot. Shampoo pun sebotol baru RM3.90. Kira setakat nak start bela seekor dengan sangkar nya sekali tak sampai RM100.00 pun. Erm... teringat zaman kecik dulu ada rabbit banyak dalam sangkar belakang rumah. Rasanya kena tunggu duk umah sendiri la kot baru syiok nak bela rabbit bebanyak. ^_^ Last-last petang tadi (khamis) kami beli pokok kari (RM5.00 je) dan tapau Nasi Ayam Kampung yang glamor tu. Harap dapat jaga pokok kari tu dengan elok. Sebab payah sikit nak jaga. Mudah layu. Kalau berhasil, memang wat masak kari bertambah harum wangi la lauk tue...

Lokasi : Taman Warisan Pertanian, No. 7, Jalan P 16, Presint 16, 62510 Putrajaya



p/s: selalu tertanya-tanya, kalau bunyi meow meow untuk kucing, aauum untuk harimau, moo untuk lembu. Rabbit ???


( ̄▽ ̄)ノ






Thursday, December 23, 2010

Handphone Used in Playful Kiss / Mischievous Kiss [Korean Drama 2010] by Baek Seung Jo & Oh Ha Ni l Samsung SHW A-200 Nori F


Dah ada reader blog LovelyShafa yang bertanyakan tentang ni. Maka fa nak tolong jawabkan yer… Tak sangka ramai rupanya yang berminat dengan Handphone yang digunakan oleh pelakon dalam drama Playful Kiss aka Mischievous Kiss ni. Yelah, cute, slim dan warna yang menarik. Tapi, kat Malaysia tak masuk lagi model Samsung nie… Kat Korea pun baru je announced dan dipromosikan oleh 2PM…

Soalan yang sama cuma cara bertanya yang berlainan :

1. What the model of Handphone / HP Baek Seung Jo used in Mischievous Kiss (Playful Kiss) ?

2. Model Handphone / HP yang digunakan oleh Baek Seung Jo dan Oh Ha Ni dalam Korean Drama Playful Kiss (Mischievous Kiss) ?

3. HP apakah yang dipakai dalam Mischievous Kiss aka Playful Kiss Drama ?

Jawapan :


Samsung SHW A-200 Nori F.

 




Jumlah Penduduk Malaysia 2010 ialah 27.6 Juta Orang l Laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 l Banci 2010

Statistik adalah berdasarkan Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.


Banci 2010 merupakan banci kelima dijalankan bagi Malaysia. Banci terdahulu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Banci 2010 merupakan projek statistik yang besar telah dijalankan bagi menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.

Laporan Kiraan Permulaan Banci 2010 mengandungi maklumat awalan bilangan penduduk, isi rumah dan tempat kediaman bagi Malaysia mengikut negeri dan daerah pentadbiran.


Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk.
Lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100 (Nisbah jantina ialah bilangan lelaki bagi setiap 100 perempuan).
Jumlah penduduk lelaki (males) = 14,112,667 orang .
Jumlah penduduk wanita (females) = 13,453,154 orang.

Purata Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (Average Annual Population Growth Rate) dalam tempoh:
2000 hingga 2010 ialah 2.17%. MENURUN berbanding dari tempoh :
1991 hingga 2000 = 2.60%; dan
1980 hingga 1991 = 2.64%.

Negeri yang mengalami pertumbuhan penduduk yang paling pesat bagi tempoh 2000–2010 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (17.77%), diikuti oleh Selangor (3.17%).

- sumber berita dari KOSMO dan Jabatan Perangkaan Malaysia




Wednesday, December 22, 2010

Diskaun Tol dan Rebat Sempena Krismas 2010 l Diskaun Tol 60 sen dan 20 sen

22 syarikat konsesi lebuh raya beri diskaun dan rebat sempena Krismas - LLM

Sejumlah 22 Syarikat Konsesi Lebuh Raya akan memberi diskaun kadar tol dalam bentuk tunai dan rebat dari 5 hingga 37 peratus, bermula dari 22-31 Disember ini bersempena Perayaan Krismas dan Tahun Baru akan datang.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata, ia merupakan kesinambungan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk membantu memberi nilai tambah serta menghargai para pengguna di kesemua lebuh raya berkenaan.

"Untuk program ini, kesemua konsesi bersetuju menanggung pemberian insentif diskaun ini sebanyak RM1 juta, dan kita berharap para pengguna dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin.

"Terdapat sesetengah konsesi memberi diskaun daripada jam 12 malam hingga 7 pagi, di mana tujuannya adalah untuk menggalakkan para pengguna menggunakan lebuh raya ketika waktu tersebut, di samping mengurangkan kesan kesesakan yang teruk pada waktu siang," katanya pada sidang media di ibu pejabat LLM di sini hari ini.

Antara konsesi lebuh raya terbabit ialah :

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS),
Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE),
Lebuhraya Seremban-Port Dickson (LDP),
Lebuhraya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint),
Lebuhraya Shah Alam (Kesas),
Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE),
Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga); dan
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Syarikat lain turut terbabit ialah :

Lebuhraya Koridor Guthrie,
Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA),
Lebuhraya KL-Putrajaya (KLP),
Lebuhraya SMART,
Lebuhraya Kajang SILK,
Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB),
Lebuhraya METRAMAC,
Lebuhraya Baru Pantai (NPE),
Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA),
Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS); dan
Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE).
- Bernama



 

Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Sprint) akan memberikan diskaun tol 60 sen bagi pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong dan 20 sen di Lebuhraya Sprint dalam tempoh 24 jam, mulai 12.01 tengah malam Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi dalam satu kenyataan berkata diskaun bersempena hari Krismas itu adalah untuk dinikmati oleh kenderaan dari semua kelas.


p/s : Selamat bercuti kepada yang memulakan cuti tu. Berhati-hati di jalan raya...

Patung Hidung Merah Yang Tumbuh Rumput di Kepala : Hadiah Dari Cameron Highlands...



Tak tau nak panggil apa. Panggil patung hidung merah je la k. Gift ni dapat daripada umi abah yang bercuti kat Cameron Highlands awal bulan hari tue... Benda apa ntah ni. Tertanya-tanya gak bila dapat. Tapi rupanya benda ni dah ada lama dah. Ramai yang jadikan perhiasan atas meja. Erm, best gak. Pengalaman jaga benda ni dari sehari ke sehari. Tunggu je la tiap-tiap hari wondering bila la nak tumbuh selebatnya. Setakat ke hari ini, pertumbuhan ok. Jadi perhiasan kat dapur je memandangkan tak perlu letak kat direct sunlight pun... Bila dah lebat, terpulang la nak biar dia berambut berumput punk terus pun boleh atau trim je ikut suka... ^_^

Memula kena rendam sehingga serap air... ala, dalam 1/2 - sejam, sampai dah tenggelam tu makna ok la..

 Lepas tu, letak dalam bekas rendah macam ni dan isikan 1/3 air... Agak-agak je la... Fa ambil je botol air gas potong. Senang. Experiment dulu...

Hasil selepas 4 hari... Mula tumbuh sikit-sikit...

Selepas 6 hari... Daun hijau dia lembut dan mudah tercabut. Pegang sikit dah cabut...

Hasil terkini sehingga semalam, 21hb... Dah tumbuh lebat dah. Cuma sebelah tu je terbantut. Erm... tumbuh jarang2 je. Nak kata tak letak air, sama je dilayan mcm yg chubby sikit tue... Ah, tak kesah la. Tak tau nak trim ke tak. Suka pegang rumput hijau aka rambut patung hidung merah ni sebab lembut je. Ingat nak tunggu beberapa hari lagi la kot tengok apa plak rupa dia...

\(^___^)/ 



Simptom H1N1 (Influenza A) : Ambil Langkah-Langkah Pencegahan dan Amalkan Cara Hidup Sihat

Ingatkan dah takde dah kes H1N1. Yelah, senyap je. Waktu tengah hangat, memang kecoh la jual penutup mulut tu sampai takde stok kat kedai. Sekarang tengok melambak-lambak ada. Baru-baru ni ada kenalan yang dah kena H1N1. Semoga kalian sekeluarga segera sembuh okay... Mari kita tengok kembali apakah itu H1N1, simptom-simptom dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil... Untuk maklum dan ingatan supaya kita lebih berjaga-jaga dan berwaspada...

Influenza A (H1N1) 

ABSTRAK
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?
CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?
Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda :

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
* Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin;
* Jangan pergi ke sekolah;
* Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
* Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
* Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
*  Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin;
* Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar,  salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.

Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.

Bolehkah H1N1 Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
a. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
b. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
c. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
d. Wanita mengandung
e. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
f. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
g. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.



Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my/ / Klinik Rawat & Cegah H1N1