Pages

Tuesday, December 21, 2010

Genting Theme Park, Genting Highlands : Fun at The Peak [SnowWorld / First World Indoor Theme Park]


Lepas dah lepak dari pagi kat Outdoor Theme Park sampai hujan petang tu, kami masuk SnowWorld. Ambil sesi pukul 05:20 - 06:00 petang. Lepas tu baru kami g outdoor plak untuk boating dalam gelap ;p. Oh yer, SnowWorld ni terletak dalam First World Indoor Theme Park. Pengalaman baru yang sangat menarik. Walaupun bukanlah salji sebenar dan jauh sekali aisnya dapat dikepal-kepalkan untuk dijadikan orang salji, tapi... seronok, seronok dan seronok! ^___^

Entrance SnowWorld. Suhu dalam SnowWorld adalah -8. Sejuk, dan tersangat sejuk sampai hidung rasa beku, tangan rasa kaku dan kaki terpaku. Hehehe... serius, memang terlalu sejuk. gegegegegege...

Larangan bila berada dalam SnowWorld adalah tak boleh gunakan HP/Camera sendiri untuk ambil gambar. Jadinya, sebelum kami masuk sempatlah ambil gambar dari luar. Beginilah rupa dalam SnowWorld ok... Ais dia macam ais yang dikisar tu tapi lebih kasar dan tak boleh dikepal-kepalkan. Tapi seronok duk dalam ni. Main baling bola salji, makan aiskrim (setiap yang masuk SnowWorld akan dapat 1 icecream percuma) dan main Snow-Xtreme. Snow-Xtreme ni kira mainan gelongsor guna pelampung. Best, best, tapi sakit punggung sebab dah nama pun ais, turun pun laju takde brek la. Nasib baik tak terhantuk kepala. Hak hak... 

Harga Tiket untuk masuk ke Snow World

Walaupun tak dibenarkan bawa masuk camera sendiri untuk ambil gambar tapi dalam tu ada ramai photographer SnowWorld yang telah disediakan. Biasalah, kena bayar okay... Combo Deal (8R + 5R) = RM30, atau 5R = RM16.00. Panggil je photographer tu dan diorang akan snap banyak picture (3/4 port pilihan korang dalam SnowWorld tu). Pastu bila keluar, pictures tu dah siap printed. Pilih je samada nak beli semua atau ambil memana yang nak. Memang pihak SnowWorld akan print kan semua gambar kita. Tak mau beli, dorang tampal kat wall sebagai gambar contoh. Kami ambil Combo + sekeping lagi 5R untuk kenang-kenangan  (^_^). Besides, gambar-gambar tu siap ada frame bercetak SnowWorld dan kakinya (walaupun hanya kertas tebal tapi ok what...)

Welcome to SnowWorld @ Genting Theme Park
\(^▽^*)(*^▽^)/



p/s : macam mana lah kalau Malaysia ni ada 4 putaran musim gak eyh...



No comments: