Pages

Friday, November 5, 2010

~ Khasiat dan Kebaikan Air Buah Kelapa : 'Wonder Food' ~



- Jelly Kelapa -

Malam ni baru dapat habiskan jelly kelapa ni. Semalam beli kat Cafe Mislaini, E7. Sedap, manis, menyegarkan. Makan sejuk-sejuk mmg terbaek. Jadi, fa nak ceritakan khasiat minum air kelapa yer.

Dulu tak minat sangat tapi ayah mertua kata orang perempuan ni elok juga amalkan minum air kelapa at least sebulan sekali/dua kali. Sebabnya, nanti bila 'datang bulan', takdelah senggugut tu teruk sangat. Minum air kelapa boleh bersihkan badan kita memandangkan amalan pemakanan kita yang macam2, jadi badan penuh kotoran. Pada yang selalu sakit perut waktu 'datang bulan' tu boleh lah cuba try. Dah try, pada fa ianya berhasil lah... Sekarang kalau singgah pasar malam mesti beli. Selain sedap + manis, menghilangkan dahaga...

Buah kelapa memiliki banyak khasiat atau kelebihan yang di antaranya :

Kelapa dikenali sebagai 'Wonder Food'. Ini kerana buah kelapa mengandungi banyak nutrisi dan khasiat yang diperlukan oleh badan kita. Hasil kajian mendapati air kelapa kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (antara 1.7 hingga 2.6 peratus) dan protein (0.07 hingga 0.55 peratus).

1.  Membantu mengeluarkan dan memecah batu ginjal yang ada pada tubuh kita secara alami.
2.  Dapat membantu membersihkan saluran pencernaan.
3.  Dapat membantu memperbaiki sirkulasi darah.
4.  Mengubati gangguan kencing pada gejala susah buang air kecil.
5.  Membantu mengatur tekanan darah serta fungsi organ jantung.
6.  Meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan penyakit.
7.  Menghilangkan mabuk perjalanan darat, laut dan udara.
8.  Tidak mengandung kolesterol dan tidak banyak lemak.
9.  Memiliki nutrisi lebih daripada susu penuh.
10.  Membantu meredakan/menyembuhkan sembelit dan penyakit/gangguan pencernaan.
11.  Sebagai ubat luka, gatal-gatal, kulit pecah-pecah, dll.
12.  Minuman air kelapa muda dapat meredakan mulut kering, demam, penyakit diabetes, cirit-birit, buasir.
13.  Air kelapa muda dipercayai boleh membuang racun/toksik dalam badan.
14.  Tapi pada yang mengalami gangguan pada tulang disarankan agar mengurangkan pengambilan air kelapa.
15.  Air kelapa juga sangat berkesan dalam membasmi pelbagai jenis cacing dalam usus.
16.  Sangat berkesan untuk mereka yang mengalami penyakit gastrik. Elok diamalkan minum pada waktu pagi sebelum mengambil makanan yang lain.
17.  Air kelapa muda boleh dimanfaatkan sebagai minuman penambah tenaga dan stamina memandangkan ianya bersifat isotonik.
18.  Kandungan mineral alami dan protein di dalam air kelapa sangat baik untuk pertumbuhan dan perbaikan sel-sel dalam tubuh.
19.  Meningkatkan tahap metabolisme badan.
20.  Mencantikkan & menguatkan kulit, rambut serta kuku kerana kandungan mineralnya yang tinggi.
21.  Merawat senak dan kembung perut.
22.  Membantu mengurangkan berat badan dan mengempiskan perut.
23.  Menyejukkan badan pada tahap suhu yang ideal.
24.  Membaiki daya penglihatan.
25.  Untuk awet muda.





9 comments:

Aniza said...

salam

saya suka minum air kelapa tapi tak sangka air kelapa banyak khasiat.

deAnza-wAnda said...

btOl2... tyme me dmam campak dulu... mamy suh minOm air kelapa...

Shafa said...

aniza & wanda : mmg byk khasiat. tak sangka kan sampai di gelar 'Wonder Food'..

Un Phat Lee said...

owh.macam tu rupenye...

Shining Life said...

saya skadar mau berkongsi. Kajian dari USM menunjukkan air kelapa boleh meningkatkan performance atlit...

Shafa said...

meningkatkan performance atlit. erm, new info. tq! logik juga sbb dia bersifat isotonik kan. mcm minuman pemberi tenaga gitu...

azru said...

air kelapa mahal,sebiji RM4,minum jarang2 jak la..teh tarik yg selalu minum.

Shafa said...

azru : sekali sekala sedap minum air kelapa. mahal sikit pon takpe...

Aizuddin Yusoff said...

Terjumpa blog ini ketika sedang mencari info khasiat kelapa muda. Seminggu dua ini saya macam 'ketagihan' air kelapa pandan. Sehari sampai 8 biji (kelapa pandan sangat kecil saiznya). Kebetulan rumah sangat dekat dengan Pasar Borong Selangor di Taman Equine, harga sangat murah (RM 1.20 sebiji, fresh dan segar. Harga biasa tepi jalan RM3-4 sebiji).

Terima kasih atas info yang sangat berguna berkenaan khasiat kelapa muda ini. Sejak mengamalkan minum setiap hari, terasa penghadaman makin lancar dan mengurangkan selera makan sebab rasa kenyang (sesuai untuk menurunkan berat badan). Hari berpuasa juga rasa cergas dan selesa perut bila minum pada malam sebelumnya.

Bapa saudara saya sendiri, yang dulu penghidap gaut yang serius, sudah tidak lagi terkena serangan gaut sejak mengamalkan sebiji kelapa muda setiap hari. Memang benar yang ditulis di atas, kemampuan air kelapa muda sebagai penawar racun atau toksik di dalam darah. Penyakit gaut, diabetes dan tekanan darah tinggi beliau semakin berkurangan sejak mengamalkan air kelapa muda (maybe juga ada sebab lain, Allahua'klam).