Pages

Saturday, November 27, 2010

Cadangan Hadiah Perkahwinan : Mencari Hadiah Kahwin Untuk Kawan


sebahagian hadiah perkahwinan kami dulu

Malam ni nak kena g JJ atau Parkson untuk cari hadiah kawen. Maklumlah, sekarang ni dah masuk musim orang mendirikan rumahtangga seiring dengan cuti persekolahan... Esok, ada wedding kat PJ. Bestfriend mr. husband waktu belajar dulu. Erm... apa agaknya nak bagi kat diorang eh... ???

Waktu kami bujang dulu memang agak nakal la sikit. Kami ada trademark sendiri. Sapa jemput makan kenduri semua kami bagi hadiah yang sama iaitu set baju tidur. Hik hik hik... sekadar nak mengusik pengantin jek. Yelah, time buka hadiah tu yang syok tengok dorang merah padam muka. Tapi yang dah terkena tu member-member rapat lah. Tak rapat, takdelah kami wat camtu. Tapi, berani buat berani tanggung ah. Time wedding kami sendiri plak semuanya buat sesi 'membalas dendam'. ^_^ adoiyai... seronok teringat balik.

Ok, ni antara cadangan hadiah perkahwinan yang boleh diberikan kepada pengantin (Ini berdasarkan pengalaman sendiri yer + barang apa orang baru kawen perlukan di awal perkahwinan) Apapun, refer pada budget sendiri la ok...

1.  Set Pinggan Mangkuk / Gelas / Cawan Kopi + Teko
Yang ini paling ramai orang suka bagi. Satu, murah. Kedua, macam trend kot. Kami sendiri melambak dapat gelas dan cawan sampai boleh bagi ummi lah sikit. Hehe... Tapi bagus sebab barang2 ni banyak pun takpe sebab boleh pakai waktu tetamu datang rumah.

2.  Kuali / Periuk Masak
Biasalah, waktu bujang manalah ada periuk belanga sangat. Ada pun 1 atau 2 untuk goreng atau masak maggi. ;p Tapi yang ni nak bagi biarlah elok sikit. Jangan jenis yang terlalu murah pakai 2/3 kali dah berkarat ~demand giler. heee..

3.  Set Cadar Katil / Toto / Narita
Tidak dinafikan toto terutamanya amatlah diperlukan. Sebab lepas kawen ni saudara mara memang suka buat rombongan datang rumah. Katanya nak merasa masakan pengantin lah, sajer jenjalan lah. Walhal ada tu sebab nak tengok rumah korang dah penuh belum dgn barang2. lol. Jadinya, toto memanglah penting. Kalau dapat banyak pun takpe. 

4.  Blender / Iron / Toaster
Ketiga-tiganya memang diperlukan. Ramai orang suka bagi iron dan blender. Toaster ada juga yang bagi. Tapi macam kami tak guna pun toaster tu. Penuh atas dapur kering nak letak semua benda. Kekadang mudah goreng kat kuali jek. Erk. Cadangan, dari beli toaster biasa tu baik bagi sandwich toaster.

5. Dapur Gas
Memang sangat berguna. Pengantin tak kisah pun kalau dapat benda ni lebih dari 1. Sebab kalau dapat yang murah, kejap je benda tu rosak. Kalau ada ramai orang bagi pun, at least ada backup. ^_^

6.  Frame Gambar Bersaiz Besar/Sederhana
Pengantin memang suka kalau dapat tayang gambar sendiri kat rumah. Kalau dapat frame pun bagus. Tapi yang besar la. Pengantin boleh print je gambar tak payah dorang kuar duit nak beli frame plak lagi...

7.  Jam / Bingkai Ayat-ayat Quran
Kami ada gak dapat bingkai ayat-ayat Quran ni. Elok sebenarnya. Boleh gak gantung kat rumah. Kalau jam plak, boleh je tapi tak galak sangat lah. Kami dapat jam pun tak tergantung-gantung sampai sekarang.

8.  Rice Cooker / Water Dispenser / Oven
Bagi yang mampu lebih sikit, 3 home appliances ni amatlah diperlukan. Lagi-lagi water dispenser tu. Ala, pemanas air minuman tu. Cuma kos dia la lebih kurang RM100-RM200... Oven RM100-RM300, bergantung pada brand dan spec. Macam mahal tapi kalau kita buat collection dengan beberapa orang kawan / teman pejabat, cukup apa...

9.  Voucher Pembelian / Tiket Berbulan madu
Ni memang seronok gak dapat. Bagi voucher biar pengantin sendiri tentukan barang apa dorang nak. Baikkkk punyer... Ada juga kengkawan suka bagi tiket berbulan madu 3h2mlm. Ni pun kalau ada wang lebih la. Selalu member rapat suka bagi sebab takde nak berkira sangat pun walaupun hadiah tu agak lebih sikit RM nya...

10. Vacuum Cleaner
Pengantin suka hadiah ni. Jarang orang nak bagi vacuum cleaner kan? Kalau dapat memang lega sikit lah kerja-kerja rumah tu...

11.  Set Sudu Garfu / Set Pisau
Berguna juga yang ini. Kami dapat 2 set sudu garfu dah. 3 tahun dulu kot, kami pernah bagi hadiah Set Pisau kat member pejabat mr. husband. Serius, dia sangat seronok sebab katanya tak pernah ada orang terpikir nak bagi benda ni. Padahal set pisau adalah diperlukan di dapur. Tapi bagi set lengkap la. Ada pisau kecik - besar tue... Idea terbaik kami setakat ni la sebab kos dia pun dlm RM50-RM100 je. Banyak boleh jumpa kat JJ atau Parkson... Oh, alang2 dah terpikir gitu, mungkin boleh bagi kot hadiah ni kat member kawen sok. Lama tak bagi orang kawen hadiah cenggini. Erm... tu pun kalau adalah kat mall malam ni. Shettel !

Okay, tu je yang terpikir sekarang ni. Kalau diikutkan, bab hadiah ni pengantin memang suka kalau dapat macam-macam lagi2 barang elektrik. Yelah, kengkawan/family la tolong bantu sikit2 lengkapkan barang rumah. Lepas kenduri, bersedialah untuk sengkek sekejap memasing yer. Itu, normal. Hehehehehe... Nanti kalau sesiapa ada cadangan letak kat ruangan komen eyh... Boleh dijadikan panduan len kali. Sebab ramai orang nak kawen bulan 11 dan 12 ni...


p/s : Dah setahun berlalu tapi rasanya hampir 60% hadiah kawen kami terima dulu, masih tak sempat diguna pun lagi. Tersimpan je dalam almari dapur, almari baju, setor kecik. Hikhik. Patotlah ada setengah pengantin suka kalau kengkawan bagi dorang Angpau! (^_^) Nway, insyaAllah hadiah tu akan digunakan sepenuhnya nanti. Terutamanya musim keluarga rajin nak datang tidur kat rumah. Semuanya akan dikeluarkan.


9 comments:

Anonymous said...

Mengapa la.. hadiah perkahwinan perlu benda yang sama. Sepatutnya cari yang berlainan daripada trend sekarang ini. Sebagai contoh ye. Set jam tangan men n girl, Set Beg Dempot Perempuan dan Tali Pinggang Lelaki dan sebagainya yang berlainan daripada trend sekarang ini. Trend sekarang ini perlu diubahkan dengan pelbagai jenis idea supaya membentuk idea masing2 berkembang dari satu sel ke astu sel yang lain. Betul tidak mengenai set perkahwinan.

Shafa said...

Anon : jarang tetamu nak bagi hadiah yang dah ada kat dulang hantaran ;p. Lagipun barang2 yang agak peribadi camtu kena pandai pilih. Kena betul2 tahu pengantin minat pattern/design camne, brand apa dia pakai.

piskemi said...

Betul tu shafa...thanks fr the idea...skrg dh tau nk beli ape utk adik ipar yg akan berkahwin nxt week..i follow u..dun forget to follow me k:-)

.::: Princess MOMOY :::. said...

momoy suka cakap cik anon tu
bagi barang yang lain dari yang lain
tapi momoy suka bagi lebih kepada barang untuk deco dalam rumah
contoh macam lampu tido atau lampu hiasan.

Cahaya Hidup said...

Ermmm, tengah memikir jgk ni apa hadiah nk kasi kt kwn time wedding dia nnti....but now,i got it...!!! thanks kak syafa.
#CH dtg sini jalan2 cari ilmu ye kak.... ;)

Anonymous said...

tgh memikir brg apa nak bg kat bff..ermm dia lelaki...set pisau menarik sbb dia pandai masak...tp cam bg pisau kat pengantin? Err...ok ke? Rasa nak bg tools set ok x? Aku paling suka kalo kwn aku tu perempuan la,bg dia lamp shade...cam symbolic gitu. Ala2 mcm dgn adanya lampu semoga umah tangga dia ceria, x de suram2 ni..besides that, lamp shade mmg sgt visible dan org x kan letak smp 3 lamp shade atas satu table. So tiap lamp shade adalah satu tempat khas dia yg tuan umah akan sediakan..dia mesti akan ingat siapa pemberi dia

sha my heart said...

nice idea.
Ingat nak bagi buku.

kak mona said...

salam blogwalk,
jom jengah blog akak utk idea doorgift dan adiah baby!

^___^

mekasih bg tumpang promote ^_^

Aefa Aerisya said...

mcm best pulak bg set baju tido nih hihi.. oke boleh dipertimbangkan.. time kasih bagi tips~ :)