Pages

Friday, May 14, 2010

~ Perabot Jati dan Katil Bertiang Empat ~

contoh katil tiang

Dulu waktu kami beria-ia nak beli katil bertiang (kat kedai di sebut katil canopy), ramai yang membantah. Kata buat apalah beli katil cam old timer punya ni. Beli la design yang moden, yang canggih manggih dan lebih lawa. Tau apa last sekali jadi? Kami beli juga katil bertiang 4 dan selepas tu, semua sepupu yang melangsungkan perkahwinan beli katil yang sama. Bertiang 4. Punyalah kami gelak berdua bila datang tengok bilik pengantin, katil bertiang la yang tersergam. Ceh! Ni katil klasik ok bukan untuk old timer. Siap boleh letak langsir lagi. Main nyorok-nyorok dengan mr. husband. Tutup tutup bila nak tido. Romantik tau… Tak reti nak hias? Takpe, tengok website Deko bersama Eric. Jadi, entry kali ni nak kasi link kedai-kedai atau tempat yang korang boleh pergi dan usha harga marga dia untuk katil tiang empat ni.

http://www.nilai-3.com/ – NILAI 3. Pilihan perabot / katil dengan harga yang boleh ditawar. Kebanyakan kayu jatilah. Tapi bukan jati dari Indonesia. Jati Indonesia mahal, ada gred2 dia dan kebanyakan saiz dia memang tak sesuai dengan saiz tilam kat Malaysia ni. Katalah korang beli saiz queen, tilam kena beli saiz custom made. Memang takde yang boleh match dengan saiz tilam kita. Jadinya, kos akan menjadi bertambah mahal untuk dapatkan tilam custom made. Kat Nilai 3, harga katil bertiang empat ni boleh dapat dalam RM1,300.00. Dah pernah usha dulu (beli kat situ pun. hehehe...)

Pasar Borong Selangor dekat Bandar Putra Permai - Kedai Perabot besar kat pintu depan sebelum masuk pasar borong tu. Kat Showroom dorang banyak jer katil bertiang. Tapi kayu solid la. Dan harga dia agak agak agak tak sesuai sangat pada mereka yang nak save budget. Pengantin kena save budget oooo… Tapi memang cantik. Dulu pernah tengok. Besar dan hitam. Elegant gitu…






Majalah Mingguan Wanita – muka surat belakang kat bahagian iklan tu pun ada 1,2 kot iklan kedai jual katil tiang 4 nih.

PKNS Shah Alam – Ada satu kedai tu owner dia duk kat Jenjarom, Kuala Langat.


Bandar Baru Bangi - berdekatan Restoren D'Limau Nipis...

Dari folder perkahwinan

3 comments:

Anonymous said...

Salam sis..nk tanya..tahan x katil tu lps beberapa tahun pakai?

Shafa said...

Salam... katil ni sgt2 thn. Dh 4 thn pun pakai dan still kuat.

MOHD FAHMI said...

Salam,
Kat area k.terengganu, ada info recommended place x utk beli/tempah katil ini?