Pages

Saturday, February 27, 2010

Pemilihan Tema Kanopi

*gambar ditangkap dan di edit oleh bukan professional punya olang... soli...

Untuk majlis pihak fa dua bulan lepas, tema untuk kanopi dipilih dan dipersetujui oleh abah dan umi... Merah dgn gold. Bkn shining gold tapi gold klasik. Mcm mana nk kata... Sapa dtg ritu boleh imagine lah. Sbb nk kata coklat pun kompom bukan. pure gold? ish, ntah2. Combination tu lebih pada permintaan abah dan umi. Hik hik... Nway, thanks sesangat. Menantu umi abah tu pun suka dapat tema yang belum pernah dibuat oleh orang lain kat kawasan rumah kita tue. Nampak klasik dan elegant sangat. Dan nasib baik match dengan pelamin, pakaian dan pintu gerbang... Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Nak share sedikit tips kepada bakal pengantin yang lain tentang pemilihan tema untuk majlis perkahwinan. Bukan apa, umi abah banyak experience dgn bakal-bakal pengantin nie. Dorang mmg soh nasihatkan kengkawan. Kata dorang, ada bakal pengantin datang kata nak tema kaler ni, pastu sok nak tukar, lusa nak kaler yang lain dari lain sampai jadi boleh major turn off utk majlis dorang. Dan abah umi sgt2 boleh dipercayai untuk bab-bab matchingkan kaler. Alhamdulillah, walaupun tema kami juga adalah asalnya 1 experiment kaler daripada abah dan umi tapi menjadi... Ramai berminat dgn combination 2 kaler ni. Ada yang dah tempah pon. Heeee... Melalui pengalaman abah umi, ada sesetengah pengantin tu terlalu nak pilih kaler yg lain daripada orang lain sampai nampak suram dan tak ceria. Contoh, Ungu gelap dan pink pekat adalah combination yang tak sesuai. Kanopi akan menjadi suram. Lagi2 kalu orang kanopi pasang kanopi tu rendah. Tambah dgn alas meja ungu gelap. Sgt2 tak best sbb mmg pernah tgk sendiri kat majlis kenalan famili yang wat cenggitu... 2 kaler tu masih boleh match tapi biar light sikit kaler dia. Ungu dan pink is very nice sebenarnya. Nampak sweet kalu tona dia betul...

Antara kaler yang boleh tahan juga adalah Hijau Lumut dan Coklat, Biru dan putih, Pink dan putih, merah dan putih. Maroon dan light pink pun ok gak rasanya tapi masih nampak gelap sikit kalu salah pilih tingkat/darjah ton tu. Oh, putih always always always match dgn kebanyakan kaler... Dan setakat ni kaler yang pernah bakal pengantin mintak dan nampak lain sikit adalah gabungan Oren dan Hijau. Fuh. Ada pengantin pilih tema ni dan sampai baju bersanding pun dia wat kaler oren. Doorgift oren, bunga pahar oren. Mmg la sangat2 berani tapi bukan favorite dan cadangan cameraman sgt la. Sbb kaler dia dua-dua memantul. Abah umi pun tak galak tapi kalu pengantin mintak ikut jer... Pape pun kaler yang tak digalak adalah oren dgn kuning, merah dgn oren, hitam dgn putih (masih boleh lagi tapi kurangkan elemen kaler hitam tu daripada pelamin/alas meja atau memana. amik hitam seminimanya sebab nanti nampak cam majlis berkabung. Hitam putih cantik kalu kena pada lokasi dan waktu majlis... pakaian biar putih dan manik-manik/sulaman hitam... - ni kata-kata untuk majlis di rumah/kampung/taman. Kalu kat hotel, len citer nya k...).

Trend dulu2 untuk langsir kanopi adalah 1 kaler sahaja. Dan kaler-kaler yang favorite adalah gold kain satin sbb nampak kilat2 sikit. tapi mak aih, nak gosok makan masa... ungu, pink, merah, coklat... Tapi ada trend sekarang adalah 3 colour combination. adeh2... betul. Ada yang nak 3 kaler. Contoh dia nak kaler putih, hitam dan merah... Payah la nak kata kalu mintak 3 kaler untuk canopy ni. Tersilap match mmg boleh rosakkan keseluruhan keindahan majlis... Dan bentuk kanopi pun makin berubah-ubah. Dulu kanopi belang2 (biru kuning, merah kuning etc.)  sekarang mmg masih ada certain area gunakan pattern tu lagi. Kebanyakan di kawasan perumahan yang ada community sendiri la. Pastu ada bentuk piramid, arabian dan ada yang lutsinar... Lutsinar mmg cantik tambah kalu ada lampu bewarna dan langsir dia samada white, off white atau cream... Tapi, sesuai utk waktu malam. Sapa yang tempah utk kenduri waktu siang mmg kena sumpah dgn tetamu la. PANAS...

K, tu serba sedikit kongsi pengalaman dan idea untuk pemilihan tema kanopi... Hanya pendapat jer kesan daripada pengalaman-pengalaman deal dgn bakal-bakal pengantin yang memang kalau boleh memang nak segalanya perfect utk majlis perkahwinan dorang tapi kalau silap sikit, memang leh wat rasa tak syiok... Sebelum membuat tempahan apa-apa, pastikan dulu tema untuk kanopi, pelamin dan busana pengantin... 3 benda ni kalu memasing campur aduk kaler pasti tak cantik... Paling banyak 3 kombination jer boleh atau hampir-hampir masih boleh diterima. Lebih-lebih kombinasi kaler akan wat segalanya nampak colourful sangat2...

No comments: